Tuesday 10 January 2012

15 nama jalan baru dilancarkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jan - Sebanyak 15 nama jalan yang dicadangkan Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi dan diluluskan oleh kerajaan pada November 2011 dilancarkan di Daerah Brunei dan Muara, kelmarin.

Jalan-jalan berkenaan adalah Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha yang terletak di Mukim Kianggeh bermula dari simpang tiga, Jalan Haji Basir dan Jalan Sultan berdepan dengan bangunan Balai Bomba Bandar Seri Begawan.

Jalan Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah pula di Mukim Gadong 'B', bermula dari Jalan Gadong simpang empat iaitu Jalan Gadong dan depan Jalan Telanai terus menuju pusing keliling sebelah kanan Kawasan I, Perpindahan Mata-Mata.

Sementara itu, Jalan Permaisuara di Mukim Gadong 'B', bermula dari simpang tiga depan Jalan Pengiran Babu Raja sehingga simpang tiga depan Jalan Telanai.

Manakala itu, Jalan Jame 'Asr pula berada di Mukim Kianggeh dan Gadong 'B', bermula dari lampu isyarat simpang empat depan Jalan Kumbang Pasang (Maktab SOAS) menuju pusing keliling Jame 'Asr dan diteruskan menuju pusing keliling Jalan Pengiran Babu Raja.

Jalan Stadium pula terletak di Mukim Berakas 'A' yang bermula dari simpang tiga depan Jalan Berakas sebelah kiri Kawasan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sehingga menuju pusing keliling sebelah kanan Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas dan terus menuju ke simpang Jalan Pulaie dan ke simpang tiga lampu isyarat depan Jalan Berakas sebelah kanan pangsapuri kerajaan, Kampung Anggerek Desa dan depan ABDB.

Jalan Dewan Majlis yang terletak di Mukim Kianggeh pula bermula dari lampu isyarat simpang empat depan Jalan Menteri Besar menuju ke Bangunan Dewan Majlis sehingga simpang tiga depan Jalan Kebangsaan.

Manakala itu, Jalan Pusat Persidangan terletak di Mukim Berakas 'A' yang bermula dari lampu isyarat simpang empat depan Stadium Negara, Jalan Stadium sehingga lampu isyarat simpang empat depan Jalan Menteri Besar.

Jalan Pusat Dakwah pula terletak di Mukim Berakas 'A' bermula dari lampu isyarat simpang empat depan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jalan Kebangsaan sehingga pusing keliling sebelah kiri bangunan Pusat Persidangan Antarabangsa dan depan Stadium Negara.

Jalan Landasan Lama pula bermula dari simpang empat depan Kementerian Pendidikan sehingga ke penghujung jalan menuju bangunan Unit Latihan, Kementerian Pembangunan manakala Jalan Pertahanan pula bermula dari simpang tiga Jalan Berakas menuju terus ke lampu isyarat simpang empat depan Kementerian Pendidikan.

Jalan Muhibah pula bermula dari simpang tiga depan TelBru sehingga pusing keliling depan Bangunan Kementerian Pembangunan, sementara Jalan Pembangunan bermula dari simpang tiga depan Pusat Pemprosesan Mel sehingga jalan menuju ke Bangunan Unit Latihan, Kementerian Pembangunan.

Jalan E-Kerajaan pula terletak di Mukim Gadong 'B' yang bermula dari simpang tiga Perindustrian Beribi, Jalan Industri Beribi sehingga hujung jalan simpang tiga depan Jalan Pengiran Babu Raja.

Jalan Dato Haji Ahmad yang terletak di Mukim Berakas 'A' pula bermula dari simpang tiga Jalan Pertahanan sehingga ke penghujung jalan. Jalan Industri Beribi pula di Mukim Gadong 'B' bermula dari pusing keliling Jalan Pengiran Babu Raja sehingga pusing keliling kawasan Perindustrian Beribi, Gadong.

Oleh Sim Y H

Sumber : http://www.mediapermata.com.bn/isnin/jan9t3.htm

No comments: