Thursday 12 January 2012

Misi al-Massih ad-Dajjal (The Anti-Christ & The False Messiah)

Dajjal adalah makhluk 'wujud' dan
diciptakan oleh Allah SWT dengan
kebijaksaan-Nya dan Allah SWT telah
mengurniakan Dajjal kuasa yang
menakjubkan. Dajjal telah dicipta
semenjak penciptaan Adam a.s. dan
Dajjal akan dilepaskan semasa akhir
zaman (telah dilepaskan di zaman
kehidupan Rasulullah SAW).

Dajjal
mempunyai dua misi utama iaitu misi
umum dan misi spesifik. Misi umum
ialah untuk menguji semua manusia
iaitu menguji tahap keimanan umat
Islam. Mereka yang gagal dalam ujian
Dajjal akan menuju ke dalam api neraka.
Ujian Dajjal merupakan satu ujian yang
sangat susah dan ia diberi perkhabaran
oleh setiap Nabi dan Rasul sejak dari
penciptaan Adam a.s lagi.

Fitnah Dajjal
merupakan fitnah yang paling besar
dalam sejarah peradaban manusia sejak
dari zaman umat Nabi Adam a.s hingga
zaman umat Nabi Muhammad SAW.

Misi spesifik Dajjal pula ialah untuk
menyamar sebagai al-Massih (The
Messiah) dalam usahanya untuk
menyakin Bani Israel bahawa dialah al-
Massih (The Messiah)
Untuk memahami Dajjal dan kapasitinya
sebagai al-Massihu Dajjal, kita
hendaklah memahami terlebih dahulu
siapakah itu sebenar al-Massih.

Selepas Bani Israel telah tinggal dan
menghuni di Tanah Suci dan selepas
Nabi Daud a.s menubuhkan Negara
Israel (Nabi Daud merupakan seorang
muslim dan negara Israel ini adalah
Islamik) juga selepas Nabi Sulaiman a.s
mengangkat Negara ini sehingga
menjadi sebuah negara yang terunggul
yang pernah disaksikan dalam sejarah
dan juga selepas Bani Israel melalui
Zaman Kegemilangan-nya , mereka
kemudiannya telah melakukan
kemungkaran iaitu melanggar perintah
Allah SWT dengan melakukan banyak
dosa terhadap-Nya. Lantas, Allah SWT
menghalau mereka keluar dari Tanah
Suci.

Surah ke-17 dalam al-Quran
menceritakan tentang ini:
"Dan Kami tetapkan terhadap Bani
Israel dalam Kitab itu, kamu pasti
berbuat fasad (kerosakan) di muka bumi
ini DUA KALI.. " (al-Quran, 17:4)

Jelas bahawa DUA KALI Bani Israel akan
berbuat kerosakan. Mereka telah
melanggar syarat-syarat yang telah
ditetapkan di Tanah Suci. Justeru Allah
telah menghantar tentera Babylon
untuk memusnahkan Negara Israel dan
membawa Bani Israel kepada
perhambaan di Babylon (kini Iraq). Jadi,
Zaman Kegemilangan (I) telah berakhir
dan Bani Israel telah meratapi
kesedihan di Sungai Babylon. Allah SWT
telah mengutuskan para Nabi dan Rasul
dan di kalangan para Nabi itu bernama
Nabi Daniel yang merupakan tokoh yang
amat penting. Apabila Nabi Daniel
diutuskan kepada Bani Israel di Babylon,
nabi ini telah menyampaikan janji
daripada Allah kepada Bani Israel
bahawa Allah akan mengutuskan
seorang Nabi yang istimewa untuk
mereka kerana Nabi ini akan
mengembalikan semula Zaman
Kegemilangan (II) (Zaman Kegemilangan
I sebelum ini adalah semasa
Pemerintahan Nabi Sulaiman a.s yang
pernah memerintah Dunia).
Dan
apabila Nabi ini diutuskan, Fungsi Nabi
ini adalah untuk mengembalikan Zaman
Kegemilangan dan seterusnya
memerintah Dunia dari Jerusalem. Nabi
yang istimewa ini yang akan diutuskan
untuk Bani Israel ialah al-Massih. Di
dalam usaha untuk mengembalikan
Zaman Kegemilangan (II) Bani Israel,
terdapat 4 implikasi untuk
membolehkan janji itu tercapai ialah:

1) Beliau hendaklah memerdekakan
Tanah Suci daripada pemerintahan
bukan Yahudi kepada pemerintahan
Yahudi.
2) Beliau haruslah membawa Bani Israel
kembali ke Tanah Suci.
3) Beliau hendaklah membangunkan
kembali Negara Israel.
4) Negara Israel itu mestilah
berkembang menjadi kuasa
pemerintahan dunia supaya al-Massih
boleh memerintah dunia dari Jerusalem.

Hanya dengan itu sajalah Zaman
Kegemilangan (II) seperti era Nabi
Sulaiman a.s akan berulang. Allah SWT
telah menunaikan janjiNya dengan
menghantar al-Massih iaitu Isa a.s
sebagai utusan-Nya, akan tetapi, Bani
Israel telah menolaknya. Terdapat
sesetengah Yahudi yang menerimanya
dan ada juga yang menentangnya.

Punca penolakan Isa a.s sebagai al-
Massih adalah kerana Bani Israel
menganggap bahawa Isa a.s adalah
anak luar nikah (wa'iyazubillah) kerana
kononnya ibu Nabi Isa a.s, Maryam
melahirkannya tanpa suami. Bani Israel
telah menolaknya kerana mendakwa
bahawa kononnya anak luar nikah tidak
boleh menjadi al-Massih.

Dan apabila
mereka melihat kononnya Isa a.s mati
disalib, segala-galanya telah pasti
bahawa walaupun beliau sendiri
mendakwa diri beliau sebagai al-Massih
tetapi Rabbi Yahudi telah menolaknya,

Bani Israel percaya bahawa beliau (Isa
a.s) bukanlah al-Massih kerana,
Pertama, pada pandangan mereka Nabi
Isa a.s telah mati sedangkan Tanah Suci
belum dimerdekakan lagi di bawah
pemerintahan empayar Rom. Kedua,
pada pandangan mereka Nabi Isa a.s
telah mati sedangkan Negara Israel
belum dibangunkan semula. Ketiga,
pada pandangan mereka Nabi Isa a.s
telah mati sedangkan Negara Israel
masih belum menjadi kuasa
pemerintahan dunia dari Jerusalem.

Jadi, oleh sebab itulah mereka menanti-
nantikan kedatangan al-Massih yang
sebenar sedangkan apa yang diketahui
umum bahawa Nabi Isa a.s adalah al-
Massih yang sebenar. Nabi Isa a.s
sebenar tidak disalib seperti apa yang
mereka dakwa kerana Allah SWT
berfirman di dalam al-Quran (4:157 )
bahawa Allah memperlihatkan kepada
mereka yang beliau telah disalib dan
Allah SWT mengangkat Nabi Isa a.s
kepada-Nya membuktikan bahawa Nabi
Isa a.s masih hidup dan belum mati
seperti yang didakwa Bani Israel.

Buktinya, Nabi Isa a.s akan kembali ke
dunia suatu hari nanti untuk merasai al-
Maut yang tidak pernah dirasainya.
Memandangkan mereka masih menanti-
nanti kedatangan al-Masih, Nabi
Muhammad SAW telah memaklumkan
kepada kita bahawa Allah SWT akan
menghantar suatu makhluk (manusia
luar biasa) pada akhir zaman nanti yang
akan menyamar sebagai al-Massih dan
menyakinkan kepada kaum Yahudi
bahawa dia akan mengembalikan Zaman
Kegemilangan (II) kepada Bani Israel.

Walaubagaimanapun, mereka (Bani
Israel) telah ditipu oleh makhluk
tersebut kerana dia bukan al-Massih
yang sebenar. Makhluk itu sebenarnya
adalah Dajjal.

Nabi Muhammad SAW pernah
bersabda:
"Dari Huzaifah r.a katanya: Rasulullah
s.a.w . telah bersabda: Dajjal ialah orang
yang 'buta' matanya sebelah kiri, lebat
(panjang) rambutnya serta dia
mempunyai Syurga (sungai) dan Neraka
(api). Nerakanya itu merupakan Syurga
dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis
Sahih Muslim)
Setiap rasul utusan Allah telah memberi
amaran kepada kaumnya tentang Dajjal.
Tapi tiada seorang Rasul yang pernah
berbicara tentang Dajjal secara fizikal. Ia
'disimpan' sehinggalah kepada Rasul
yang terakhir untuk memberitahu rupa
dan fizikal Dajjal. Dajjal seorang lelaki
yang kelihatannya masih muda,
berbadan besar dan tegap, agak
kemerah-merahan, rambutnya kerinting
dan tebal. Kelihatan dari belakang
seolah-olah dahan kayu yang rimbun.
Mata kanannya 'buta' kelihatan seperti
anggur yang terbonjol keluar. Apakah
kepentingan tentang lelaki bermata satu
ini? Lelaki bermata satu boleh
melakukan perkara yang luar biasa.

Dajjal mempunyai perkataan kafir ditulis
diantara matanya dan dahinya. Setiap
mukmin akan mampu membacanya
samada mereka boleh membaca dan
menulis atau mereka tidak boleh
membaca dan menulis, mereka pasti
dapat membacanya. Sekarang sudah
jelas, mereka bukannya membaca
dengan mata fizikal kita.

Adakah kita
mempunyai mata lain selain mata fizikal
dikepala..? Apabila kalian mampu
menjawab soalan ini maka kalian akan
mampu memahami asas strategi Dajjal.
Dajjal melihat dengan satu mata,
menandakan bahawa Dajjal hanya
mempunyai penglihatan luaran. Oleh
itu, apa yang kita tahu hanya datang dari
apa yang kita lihat. Dajjal buta mata
kanannya sebenarnya menandakan
bahawa Dajjal 'buta hati'.
al-Quran pernah menyatakan bahawa:
"apabila hati seseorang yang beriman
dan Allah akan menitipkan cahaya
kepadanya, hati itu mampu melihat dan
mendengar"

Apabila Dajjal melaksana misinya (4
Peringkat yang saya nyatakan tadi),
tugasnya ialah membawa manusia
kepada penyakit buta hati. Mereka
hanya melihat dengan penglihatan
luaran. Dajjal datang dengan sungai dan
api, tetapi sungainya adalah apinya dan
apinya adalah 'air sungai yang sejuk'.
Barangsiapa yang 'jatuh' ke dalam
sungainya, akan bertambah dosanya
dan barangsiapa yang 'jatuh' ke dalam
apinya, akan dilepaskan dari beban
dosa. Dengan kata lain, zaman Dajjal
zaman di mana penampilan dan realiti
adalah berlainan sama sekali antara
satu sama lain. Sekiranya penilaian
dibuat berdasarkan kepada pemerhatian
luaran, tetapi realiti dalamannya adalah
sesuatu yang berlainan.

Jadinya
penilaian yang dibuat itu boleh jadi
salah. Berdasarkan apa yang kalian lihat
melalui penampilannya, pada zaman
Dajjal, kalian akan tersilap dan tertipu
kerana realiti adalah bertentangan
dengan penampilan. Tetapi pada akhir
zaman ini lah, golongan yang mampu
'menembusi' penampilan luaran sesuatu
perkara, untuk mengenalpasti realiti
sebenarnya dan dengan itu mereka
tidak akan tertipu adalah mereka yang
hatinya berada dalam keadaan itu.

Perumpamaannya, samada berjanggut,
berserban, mungkin berada di masjid 5
kali sehari, tetapi mereka juga mungkin
tidak mempunyai apa-apa langsung di
dalam hatinya, jadinya dia juga tidak
mampu melihat. Tetapi apabila hati
kembali kepada Allah, apabila hati
berserah kepada Allah dan apabila hati
berkata 'Aku hidup kerana-Mu! Aku mati
kerana-Mu. (al-Quran, 6:162 )' ... maka
Allah SWT akan menitipkan Nur kedalam
hati itu. Dan apabila orang itu melihat
dengan Nur.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Bertaqwalah mengikut firasat mukmin
yang sejati kerana apabila dia melihat,
dia melihat dengan Nur Allah"
(Sunnah ar-Tirmidzi)

Jadinya, ini adalah strategi Dajjal untuk
membawa manusia kepada penyakit
buta hati. Jadinya, mereka akan tertipu
dan penilaian yang mereka buat juga
salah. Mereka diuji dan mereka gagal
dalam ujian Dajjal.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Golongan terakhir yang akan keluar
kepada Dajjal adalah wanita. Dan lelaki
terpaksa pulang ke rumah dan perlu
'mengikat' isteri, adik-beradik dan anak
mereka untuk menyelamatkan dan
melindungi mereka dari Dajjal."

Pada pendapat Sheikh Imran Hosein, ia
merujuk kepada revolusi feminis moden
yang berjuang atas nama kebebasan
wanita. Apabila kita melihat revolusi
feminis di tempat kerja, intipati
utamanya revolusi feminis adalah
pemberian hak dan kebebasan sama
rata kepada wanita untuk mengambil
alih tugas yang biasa dilakukan oleh
lelaki, itulah tujuan utama mereka.
Sebenarnya, tiada perbezaan peranan
antara lelaki dan wanita. Lelaki
mempunyai tugas asas mereka dan
sama juga wanita mempunyai tugas
asas mereka. Akan tetapi, para feminis
mengatakan 'tidak' kepada semua ini.
Mereka mahu melakukan perkara sama
seperti yang lelaki lakukan. rujuklah al-
Quran.
Allah berfirman maksudnya: "Demi
malam apabila menutupi (cahaya siang),
Demi siang apabila terang benderang,
Demi penciptaan laki-laki dan
perempuan, Sungguh, usaha kamu
memang beraneka macam".
Surah al-Lail (92:1- 4)
Penciptaan malam dan siang sama
seperti Allah menciptakan laki-laki dan
perempuan. Allah SWT mahu siang kekal
sebagai siang, dan Allah SWT mahu
malam terus kekal sebagai malam. Ia
bermaksud kita semua mempunyai
peranan yang berbeza.

Jika dilihat
kepada revolusi feminis, kelihatan
seperti 'malam' sekarang cuba untuk
menjadi 'siang'. Hal ini pastinya
membawa implikasi yang sangat
bahaya.
Itulah hakikat masa kini. fahamilah
sedikit demi sedikit nescaya kita dapat
gambarannya.

Bagaimanakah Dajjal mencapai
objektifnya? Apakah metodologinya?
JAWAPANNYA akan diterangkan dalam
peringkat-peringkat kedatangan Dajjal di
bawah.
*Sheikh Imran Hosein mengingatkan
kita semua untuk serius dan tidak
mengambil mudah akan bahaya fitnah
ini.

No comments: