Friday 13 January 2012

Kenapa letak Haji depan nama saya?

Saya duduk di sebuah kerusi yang disediakan di tempat khas dalam pejabat membuat kad pengenalan. Saya berada disini kerana hendak memperbaharui kad pengenalan saya. Tidak lama kemudian datang seorang lelaki berusia lingkungan 40an dan terus menuju ke kaunter. Dia memberi salam dan memperkenalkan dirinya sebagai mahmud. Dia terus berkata '' kenapa letak ''Haji'' di awal nama saya? '' . Mendengar pertanyaannya itu kepada kaunter tersebut saya pun tertarik untuk mendengar nya lebih lanjut.

Dengan wajah yang sedikit bengang orang yang berada di kaunter itupun berkata
'' kan memang biasa begitu..tuan kan sudah naik Haji. ''

Mahmud bertanya '' siapa suruh? Kenapa pula asal orang naik haji mesti letak haji didepan nya? ''

'' kalau tak letak,macamana orang boleh tahu yang tuan sudah menunaikan haji atau belum? '' balas orang dikaunter itu kaunter itu.

'' apa faedah yang aku dapat kalau orang tahu aku sudah naik haji?ini sudah termasuk dalam menunjuk2 '' . Kata Mahmud lagi.

'' Alaa..biar lah orang nak cakap apa.yang penting orang tak berdosa sebab dia tak tahu tuan sudah naik haji. Cuba tuan bayangkan kalau orang kata tuan belum naik haji ketika tuan meninggal sedang tuan sudah melakukannya? Kan naya tu. '' Orang itu membalas.

'' Astaghfirullah..mazhab siapa pula yang awak pakai ni? Dari mana awak dapat semua tu? Kalau awak ada hadis sahih dan dalil Al-Quran mengatakan wajib kita menyimpan perkataan ''Haji'' di awal nama kita setelah menunaikan haji tunjukkan pada aku sekarang. Perbuatan meletak haji di awal nama kita ni seolah kita riak yang kita mampu pergi haji.apa perasaan orang yang benar2 hendak naik haji tapi tak mampu apabila dia melihat nama kita diawali dengan haji? Orang tak tahu aku dah naik haji pun tak apa yang penting Allah tahu.aku naik haji bukan kerana nak orang panggil aku haji.aku nak jalankan perintah Allah saja.Kalau dah macamni,habis lah pahala haji aku sebab aku menunjuk2.'' Mahmud meningkah tidak berpuas hati.

'' Habis? Kenapa para ulama dan imam2 serta ustaz2 juga menyimpan haji didepan nama mereka? Kalau menjadi dosa mereka takkan berbuat demikian kan?''

'' Itu ustaz dan imam di negara kita..di arab ada tak awak terlihat mereka mengawali nama mereka dengan haji?contoh imam shafie? dan kalau mesti menyimpan haji depan nama kita kenapa Rasullulah tidak kita panggil Nabi Haji Muhammad?kenapa para sahabat baginda tidak kita panggil saidina haji abu bakar? saidina haji umar? saidina haji othman? saidina haji ali? kenapa? Mereka pun pernah naik Haji malahan berkali-kali. Semua itu bid'ah..biar lah Allah yang menilai ibadah hajiku. Jadi aku mahu buat permohonan agar nama aku kembali seperti biasa. ''

Dia kemudian beredar dari situ dan masuk kedalam pejabat untuk mengisi borang, barangkali. Aku masih memikirkan kata-katanya. Sepertinya ada benarnya apa yang dia katakan. Kenapa hanya orang melayu sahaja yang menyimpan ''Haji'' di awal nama mereka jika mereka sudah menunaikan Haji di Mekah. Apa kah itu kewajipan atau kemestian?

Wallahualam.

No comments: