Wednesday 11 January 2012

APABILA BULAN, BINTANG DAN AWAN BERBICARA PADA MALAM YANG SUNYI

Pada satu malam yg cerah dan gemilang, bulan terang
menyinari bumi dan bintang
bergemerlapan memancarkan
kerlipannya. Namun, diatas sana,ada satu perbualan antara
mereka yg tidak didengari
oleh sesiapa pun.
(kecuali admin) haha..

Bintang : Bulan, aku rasa, dlm
dunia ni, kau la makhluk yang
paling bertuah sekali.
Bulan : Awat kau cakap mcm tu
Bintang?

Bintang : ye la, kalau kau
perasan, kalau manusia nak
melambangkan sesuatu yg cantik, mesti
diorang gunakan
kau. Contohnya “bagai bulan
dipagar bintang.” Aku jadi pagar
kau je Bulan.
Bulan : Ish, kau ni Bintang. Kau
pun apa la kurangnya. Setiap
sesuatu yang hebat pun
dilambangkan dengan kau.
Orang yang hebat dalam
nyanyian, orang panggil bintang
nyanyian. Kalau dalam sukan,
orang panggil bintang bolasepak ke, bintang badminton ke. hebat la jugak kau ni.

Bintang : Betul jugak. Tapi ada
yang salahgunakan aku jugak
bulan. Cuba kau tengok dulu,
komunis yang ganas tu gunakan
aku sebagai lambang diorang.
Diorang pakai tiga bintang atas
topi. Sekarang pun, Israel yang
suka buat kerosakan tu pun, letak bintang atas bendera diorang. Aku pun dah rasa
bersalah kat penduduk Palestin.
Padahal, aku hanya dipergunakan je.
Bulan : Aku pun sama jugak la
bintang. Ramai jugak anak-anak
muda bercintan-cintun ni, waktu malam je, masa berdating, mesti
cakap, “Bulan menjadi saksi cinta kita.” Aku pun tak tau bila aku jadi saksi.
Kadang-kadang tu, aku lalu je situ. Kebetulan pulak masa tu diorang berdating.
Bukan aku nak jadi saksi pun.
diorang yang nampak aku terus suruh aku jadi saksi. Kau
bayangkan la bintang, berapa
ramai anak luar iktiraf yang lahir sebab aku dipaksa jadi saksi cinta haram mak ayah diorang?

Bintang : Cerita kau ni memang
sedih Bulan. Tak sangka aku
diorang sanggup buat kau
macam tu.
Sedang asyik mereka berbual,
tiba-tiba, datang kepulan awan
menyertai mereka.
Awan: Assalamualaikum
sahabat, kebetulan angin tiup saya ke sini. Nak join boleh? Apa yg kalian
sembang-
sembangkan?

Bulan : Oh, Encik Awan. Kami
tengah sembang-sembang pasal
macam-mana manusi gunakan
kami. Ada yang guna sebagai
perumpamaan yang hebat-
hebat, ada yang gunakan untuk
kejahatan dan kemaksiatan.
Sekarang baru nak masuk topik
kegunaan kami kepada manusia
sejagat la ni. Kebetulan Encik
Awan masuk, boleh la join sekali.

Awan : Betul tu, kita memang
dicipta untuk berbakti kepada
manusia. Kalau ada manusia
yang guna kita untuk kebaikan,
memang rasa seronok. Tapi
masalahnya, ada yang guna
untuk benda-benda yang tak
baik. Masa tu, kita pun tak rela
nak berbakti kat diorang. Macam kawan saya si Matahari tu. Sampai sekarang masih ada
segelintir manusia yang jadikan
dia sebagai sembahan. Dia pun
tak boleh nak buat apa-apa. Dia
keluar sebab nak bagi tenaga
untuk semua manusia dan
tumbuhan untuk proses
fotosintesis. Bak kata orang
KOREA, eojol su eopshi la.

Bintang : Wah, pandai Encik
Awan ni berbahasa KOREA. Encik Awan ni memang antara tulang belakang
dalam menyuburkan
bumi selain Encik Matahari.
Kalau tak de Encik Awan, kering
kontang la bumi nanti. Tumbuhan tak dapat hidup
subur. Tiada la kehijauan bumi
yang kita lihat saban hari, Bulan.

Awan : Ke situ pulak Bintang ni.
Bintang dengan Bulan pun
berguna juga untuk manusia.
Bintang la yang menjadi petunjuk arah orang-orang yang
mengembara dulu sebelum
adanya kompas. Bayangkan la
dah berapa ramai ilmuwan dan
cendekiawan dahulu kala yang
mengembara untuk mencari
ilmu, gunakan Bintang sebagai
pemandu arah. Betapa besarnya jasa bintang. Dan kalau takde Bulan pulak, tiada la bulan Islam. Macam mana umat islam nak berpuasa, raya, haji dan sebagainya? Dan jangan tak tau, Bulan juga penting dalam proses
pasang surut air.

Bulan : Encik Awan ni memang
intelek cara percakapannya.
Kalau kita berbalik pada sirah
pun, banyak juga peranan kita
yang boleh kita ceritakan kat sini. Contohnya dalam satu ayat
dalam surah Yusuf, dimana Nabi Yusuf a.s. bermimpi melihat
sebelas bintang, matahari, dan
bulan bersujud kepada baginda.
Awan pun pernah memayungi
Rasulullah sewaktu perjalanan
baginda ke Syam mengikuti ayah saudara Baginda, Abu Thalib sebelum baginda diangkat
menjadi Rasul.

Awan : Jangan lupa, peristiwa
bulan terbelah dua pun
merupakan mukjizat Rasulullah
juga, dan “An-Najm ”, yang
bermaksud “bintang” dan “Al-
Burj” yang bermaksud “gugusan
bintang” merupakan antara
surah-surah dalam mukjizat
Rasulullah paling agung iaitu Al-
Quran.

Bintang : Wah, memang sangat
besar peranan kita untuk
manusia. Dalam sejarah pun
banyak rupanya cerita tentang
kita.
Bulan : Betul tu Bintang. Jadi,
apa kesimpulan dari perbualan
kita yang boleh Encik Awan
sampaikan kepada kami?

Awan. : Hmmmm. Bagi saya,
setiap apa yang Allah jadikan kat
dunia ni, tidak sia-sia dan ada
peranannya. Cumanya, jangan
disalahgunakan je la. Saya sedih
jugak bila melihat manusia-
manusia yang tak sedar peri-
pentingnya mereka wujud di atas muka bumi ni sampai ada yang taknak bagi sumbangan
langsung kepada masyarakat
dan dunia sejagat.

Bintang : Betul tu. Ramai jugak
manusia yang buat benda untuk
diri sendiri je, padahal, diorang
dicipta untuk berbakti pada
seluruh alam ni. Diorang kan
khalifah kita. Akibat tak berlaku
adil pada kita la, bumi pun dah
start protes dah. Kejap-kejap nak
bergegar je.

Bulan : Kesian bumi, dia la yang
paling teruk dianiaya akibat
perbuatan pentingkan diri sendiri
manusia-manusia ni.
Awan : Bukan semua manusia
macam tu. Harapnya, satu hari
nanti akan ramai la manusia
yang sedar akan tanggungjawab
mereka memakmurkan alam ini,
insyaAllah.
Bulan : nampak macam dah nak
Subuh ni Encik Awan. Kami kena
balik dulu la.

Awan : Haah la. Ok la kalau
macam tu. Tapi sebelum tu, Saya
ada teka-teki untuk anda
berdua.
Bintang : Hah, apa dia?
Awan : Bulan dan Bintang, mana
satu ayah, mana satu anak?

Bulan : Aik? Bila masa pulak kita
ada hubungan ayah-anak ni
Bintang?

Bintang : Aku pun tak tau la
Bulan. Apa jawapannya Encik
Awan?

Awan : Bulan anak, Bintang
ayah.
Bulan&Bintang : Apsal?
Awan : Bulan bin Tang. Heheh…
Bulan&Bintang : ….…….

No comments: