Wednesday 11 January 2012

Penyalahgunaan Pantai

Sewaktu bercuti, ramai diantara kita begitu sibuk dengan aktiviti-aktiviti rekreasi, sama ada bersama keluarga atau teman. Dalam aneka pilihan tempat rekreasi, pantai menjadi salah satu tempat pilihan. Keindahan ciptaan ALLAH dapat kita lihat di pantai terutama kecantikan laut seluas mata memandang. Bahkan melihat laut itu sahaja sudah mendapat pahala!. Ini jelas tercatat dalam AL QURAN:

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang berakal"

(SURAH ALI-IMRAN, ayat 190).

Dalam erti kata lain, sambil kita melihat kebesaran ALLAH seperti laut, adalah kita dituntut untuk mengagungkan kebesaran, kehebatan, kekuasaan dan keluasan rahmat ALLAH yang juga merupakan pencipta sekalian alam. Akan tetapi, perkara yang menjadi realitinya buat masa kini adalah apabila ramai generasi muda ISLAM telah menyalahgunakan ciptaan ALLAH, seperti pantai yg dijadikan tempat mereka yg hangat bercinta untuk ber'dating', berhibur, bahkan lebih teruk lagi sebagai tempat melakukan perbuatan terkutuk yang nyata dan jelas sekali dilarang oleh ALLAH dan RASUL-NYA!

Kawasan tepi pantai dijadikan tempat 'berasmara', ada yang secara terbuka, ada juga secara tersembunyi dalam kereta dan sebagainya. Tidak sah atau tidak seronok jika ke pantai tanpa 'cewek' atau 'awek', dan yg 'cewek'nya pula begitu asyik bersama 'cowok'nya melihat laut yang luas terbentang, dalam pelbagai posisi pelukan, mungkin kerana teruja dengan adegan beberapa filem Barat seperti Titanic dan puluhan filem lain. Mungkin juga terpengaruh dengan babak-babak dalam drama yang dirakamkan di pantai-pantai terkemuka seperti Hawaii. Sememangnya indah semua itu,namun hakikatnya, semua itu adalah cedokan budaya Barat yang bukan untuk dijadikan ikutan umat ISLAM khususnya golongan muda.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam:

“Tidaklah berdua-duaan lelaki bersama perempuan kecuali yang ketiganya adalah syaitan”
(Riwayat At-Tirmizi).

Dalam hadis yang lain

“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)..


Kedua hadith di atas begitu menerangkan tentang larangan bagi pasangan yang belum bernikah secara sah utk berdua-duaan tidak kira dimana, apatah lagi di tepi pantai, kerana perbuatan itu adalah sama juga seperti mendustakan nikmat yg ALLAH berikan kepada kita. Seperti yg diterangkan di atas tadi, kita diseru untuk mengagungkan kebesaran ALLAH, dan kebesaran-NYA itu adalah rahmat dan nikmat yang diberikan kepada kita, tidak lain adalah untuk kita nikmati dijalan yang diredhai-NYA. Segala perkara yg membelakangkan perintah ALLAH dan RASUL-NYA itu adalah perbuatan yang mendustakan nikmat-NYA. Boleh rujuk Surah Ar-Rahman, dimana dalam surah tersebut ALLAH telah memperingatkan kita berulangkali dengan ayat:

"Sesungguhnya nikmat dari Tuhan-MU yang mana engkau dustakan?".

Adalah tidak menjadi masalah untuk membawa seorang perempuan bersuka ria ditepi pantai, asalkan perempuan itu adalah mereka yg 'sah' utk dibawa kemana saja. Yang belum berkahwin pula, setidaknya bawalah orang tua untuk bersuka ria bersama. Bilamana ada kemampuan, hiburkanlah hati kedua orang tua dahulu. Bagi mereka yg mempunyai sahabat-sahabat USRAH, boleh juga kiranya 'libur' bersama teman USRAH,asalkan tidak berlebihan dan tidak menayangkan aurat sana sini. Jika melibatkan muslimin dan muslimat, pastikan dipantau oleh orang yang arif dalam ilmu agama seperti ustaz atau ketua organisasi itu sendiri utk menjaga IKHTILAT sesama mereka. ISLAM itu MUDAH tapi BUKAN untuk DIPERMUDAHKAN, kerana ISLAM tidak pernah melarang umatnya untuk berekreasi di tempat seperti pantai, asalkan dalam keadaan terjaga dari sebarang perkara-perkara yang melanggar syariat!

No comments: