Tuesday 10 January 2012

WASIAT IMAM SYAFIE by Dr. Jaffry Hassan

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR

Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNGKAR DAN NAKIR

Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMALAN PADA HARI AKHIRAT

Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat. Warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (MALAIKAT PENJAGA NERAKA)

Iaitu; Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta waktu sembunyi dan memperelokkan akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu: Berasa redha kepada qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

Iaitu: Berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada Al-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu: Mengajak kearah kebaikan, mencegah manusia dari keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Semoga kita dapat beramal dengan wasiat-wasiat Imam Syafie yang sangat berguna tersebut. Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments: