Tuesday 10 January 2012

Lady Gaga mahu berlakon di 'Bollywood'

PENYANYI dengan imej pelik, Lady Gaga memberitahu ingin menjadi seorang pelakon di Bollywood bagi memulakan kerjaya lakonannya. Gaga berkata, dia tertarik dengan tarian dan pakaian yang digayakan dalam filem-filem Bollywood selain merasakan produksi mereka lebih hebat daripada industri filem Hollywood. "Saya tidak berminat untuk menjadi pelakon di Hollywood sebaliknya ingin menjadi pelakon di Bollywood kerana produksi mereka lebih gah," ujar penyanyi Born This Way itu. Gaga pernah dilaporkan melawat India pada Oktober lalu dan kunjungannya ke negara tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan projek lakonan. Malah dia dikatakan turut keluar bersama pelakon terkenal, Shah Rukh Khan dan Arjun Rampal. "Saya sendiri sempat menyaksikan pertunjukan Bollywood di Paris dan semakin tertarik dengan muzik dan tarian India. Saya ingin berlakon di Bollywood," ungkapnya kepadaContactMusic.com. Tarikan Bollywood bukan baru di kalangan selebriti Hollywood kerana sebelum ini pelakon seperti Hugh Jackman, Paris Hilton dan Kim Kardashian pernah cuba untuk mencipta nama di negara tersebut.

No comments: