Tuesday 10 January 2012

Kod Pakaian Mindef "Tidak Menjolok Mata" Jadi Bahan Lucu Komuniti Internet

PETALING JAYA: Anda tidak dibenarkan memakai pakaian menjolok mata (clothes that poke eye) sekiranya bekerja di Kementerian Pertahanan (Mindef).

Ia merupakan salah satu daripada keterangan “Etika Berpakaian” yang dinyatakan dalam piawaian yang ditetapkan oleh kementerian berkenaan.

Mereka di kalangan komuniti internet dalam rangkaian sosial secara literalnya menyatakan ROFL yang merupakan perkataan siber bagi menunjukkan reaksi seolah-olah “ketawa berguling-guling di atas lantai” apabila mereka berkongsi pautan kod berpakaian kakitangan kementerian itu terjemahan Bahasa Inggeris di laman rasminya.

“Clothes that poke eye” apabila diterjemahkan secara literal adalah pakaian yang menjolok mata bermaksud pakaian yang mendedahkan dalam Bahasa Malaysia.

Carian lain termasuk: “collared shirts and tight Malay civet berbutang three” di mana dalam Bahasa Malaysia sebenarnya bermaksud “baju Melayu berkolar cekak musang dengan tiga butang”.

Sementara itu, baju batik lengan panjang berkolar / cekak musang buatan Malaysia pula diterjemahkan sebagai “long-sleeve batik shirt with collar / mongoose fight made in Malaysia”.

Terdapat juga “shine close” di mana diterjemahkan daripada kasut bertutup atau kasut menutupi jari kaki.

Selain itu adalah ringkasan sejarah kementerian di laman web yang berbunyi “After the withdrawal of British army, the Malaysian Government take drastic measures to increase the level of any national security threat.”

Maksud sebenar ringkasan itu dalam Bahasa Malaysia adalah “Selepas pengunduran tentera British, Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik untuk meningkatkan tahap keselamatan negara dari sebarang ancaman.”

Kementerian telah pun mengeluarkan versi terjemahan Bahasa Inggeris itu dari laman web beberapa jam selepas ia disebarkan secara meluas di Facebook dan Twitter.

Jurucakap kementerian itu berkata, satu penjelasan telah dibuat dan diletakkan di laman web tersebut pada Khamis.

Penjelasan itu pada laman web berkata, pembetulan sedang dilakukan pada perisian yang digunakan untuk terjemahan lebih tepat diperoleh.

No comments: