Tuesday 10 January 2012

6 Tips Agar Tidak Menganggur

Menganggur atau tidak mempunyai penghasilan adalah kata yang sangat ditakuti dari zaman ke zaman. Mungkin seorang mertua akan berfikir beberapa kali jika calon menantunya adalah seorang penganggur. Namun jangan khuatir, saya mempunyai penyelesaian bagi penganggur atau yang masih berkerja tetapi tidak ingin jadi penganggur:

1. Jaga penampilan dan berkarya. Jika anda masih sorang Karywan atau seorang Entrepreneur dan takut jadi pengangguran, kita hendaklah ingat untuk terus manjaga penapilan anda dalam berkarya. Anda akan mendapat yang terbaik jika anda yang memberikan yang terbaik . Gunakanlah kecerdasan pemikiran anda agar cermat dalam mengatur kewangan anda. Dan anda sendiri dapat menciptakan mesin wang anda yang baru sehingga sekalipun anda berhenti dari perkerjaan anda masih mempunyai mesin wang itu untuk menampung hidup anda. Bagaimana pula jika pendapatan anda hanya cukup makan sahaja? Di dunia ini banyak tempat melabur yang memerlukan modal besar. Internet adalah salah satu caranya

2. Peka terhadap peluang yang diberikan. Ingatlah bahawa rezeki itu datangnya tidak semestinya sebagai seorang karyawan. Dimana pun ada peluang bisnes serta usaha yang dapat memperolehi wang. Apa yang penting ialah tidak merasa cepat putus asa dan malu.

3. Belajar belajar belajar. Ya! Tidak ada perkataan berhenti untuk belajar, anda haruslah sentiasa maju dan tingkatkan kemampuan anda. Gunakanlah waktu yang ada untuk belajar dan memperkembangkan lagi skill yang anda jual dan memberikan penghasilan baru untuk anda. Di dunia ini yang diperlukan adalah kemampuan yang memberi manfaat dan memberikan nilai lebih tinggi kepada orang lain maka anda akan mendapatkan nilai lebih pula.

4. Berfikir Kreatif atau Out of The Box. Ya, walaupun keadaan sekarang tidak sesuai seperti yang kita inginkan namun tetaplah berfikir secara kreatif dan inovatif. Teruslah mencuba kerana orang yang bergerak akan mencapai matlamatnya berbanding dengan dengan yang terdiam pasrah mengharap belas kasihan, Dan berfikirlah uar dari kebiasaanmu dan lihat apa yang akan terjadi.

5. Bergaul dan buat networking. Kata orang rezeki itu adakalanya datang dari orang lain. Ya dengan memiliki banyak teman dapat membantu kita entahmahupun secara langsung ataupun tidak. Apa yang pasti, semakin luas pergaulan anda maka semakin besarlah peluang yang akan anda dapat nanti.

6. Dekat dengan Allah SWT dan sentiasa berdoa. Allah SWT Yang Maha pemberi rezeki kepada anda, baik dan buruk datangnya dari Allah SWT. Sesungguhnya dengan hati yang ikhlas serta usaha yang cukup rasanya kemiskinan bakal menjauhi diri kita.

No comments: