Saturday, 14 January 2012

What's Your Korean Name? Try It Out Here!

TRY UR NAME IN KOREAN !
1) Nama pertama -> Pilih warna
baju yang anda pakai skrg:
Putih~ Park
Hitam~ Kim
Biru~ Shin
Hijau~ Lee
Merah~ Song
Kuning~ Kang
Coklat~ Han
Ungu~Choi
Oren~ Sung
Pink~ Jung
Lain2~ King
2. Nama tengah ialah bulan
kelahiran anda :
1 : Yong
2 : Ji
3 : Je
4 : Hye
5 : Dong
6 : Sang
7 : Ha
8 : Hyo
9 : Soo
10 : Rae
11 : Hyun
12 : Eun
3. Nama terakhir ialah tarikh lahir
anda :
1 : Hwa
2 : Woo
3 : Joon
4 : Hee
5 : Kyo
6 : Kyung
7 : Wook
8 : Jin
9 : Sub
10 : Hoon
11 : Ra
12 : Bin
13 : Sun
14 : Ri
15 : Soo
16 : Rim
17 : Ah
18 : Ae
19 : Neul
20 : Mun
21 : In
22 : Mi
23 : Ki
24 : Seung
25 : Byung
26 : Seok
27 : Gun
28 : Yoo
29 : Sup
30 : Won
31 : Eun
tuliskan nama baru korea anda di
dalam komen

Hilarious Status from Facebook

Elephant: "Why do you have boobs on your back?"
Camel: "Thats a stupid question coming from someone who has a penis on his face."

Lawak

Suatu hari seorang guru ingin menguji anak muridnya berkenaan perkataan berlawan

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! tak pernah dibuat oleh orang! kata selamat sejahtera! senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! cukup!
Murid : Kurang! kurang!
Cikgu : Sudah! sudah!
Murid : Belum! belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! melawan!
Murid : Oh! mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar Keadilan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Santai 2

Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya,
"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu
berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu
saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap.Jadi
saya selalu kentut.

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan
tua itu..., dan perempuan tua itu berkata,
"Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika
berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab
kentut saya tidak berbau dan senyap."

Doktor itu menjawab, "Ok, sekarang ambil pil ini dan
datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali.
"Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah,
"Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya,
tapi sekarang kentut saya... walaupun masih
senyap...tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati
hidung makcik yang tersumbat , sekarang, mari saya
periksa telinga makcik.":P

THE A TO Z OF FRIENDSHIP :D

A=
B=Best friend
C=Can make everybody happy
D=Doesn't hurt our feelings
E=Everything is shared together
F=Friends
G=God bless you and me
H=Having fun always
I=In hot,sun or rainy day
J=Joking,laughing and crying
K=Knowing that
L=Lie is not exist between us
M=Makes me
N=Never give up
O=Oh..what else I can say
P=Problems are solved everytime with you
Q=Quitting is not in our vocabulary
R=Relax,Respect,Response to one another
S=Smile always
T=Together
U=remember me,i remember U
V=Valuable you are
W=Walking beside me
X=eXplain anything I don't understand
Y=Yells when I don't listen
Z=Zaps me back to reality

Santai 1

Profesor: Apakah simbol Kimia bagi barium
pelajar: BA
Profesor: Baik. Untuk natrium?
Pelajar: NA
Profesor: Sangat Baik. Apa yang akan kita
dapat jika 1 atom BA
& 2 atom NA digabungkan?
pelajar: BANANA prof!!!
Profesor: Kepale hotak hang!!!!

Fakta-Fakta Menarik

Fakta 1: anda tidak boleh goyangkan kaki anda dgn hidung anda serentak.
Fakta 2: Anda tidak boleh mengeluarkan lidah sambil bekata "kau gila".
Fakta 3: Selepas membaca fakat 1 & 2 .. anda dengan muke selamba membuat semua perkara yg tertera.
Fakta 4: selepas membaca fakta 3, anda terasa seperti ditipu sambil berkata di dlm hati... "huh?? terkene nih".
Fakta 5: Selepas membaca fakta 4 anda berasa seperti diperhatikan...
Fakta 6: Sebenarnye .. anda memang diperhatikan.. Jangan Pandang Belakang..

Tuntutlah Ilmu Selagi

Seorang pakcik berkata: "Saya dah tua, dah terlambat untuk mempelajari ilmu agama terutamanya membaca al-Quran."

ADA kala berlabuh juga perasaan malu di hati kerana memaksa diri untuk mendalami ilmu agama pada usia senja. Sebenarnya dalam agama tidak ada istilah malu atau seumpamanya jika kita bertekad untuk mempelajarinya.

Sikap yakin mesti ditanam sepenuhnya dalam diri bahawa inilah masa terbaik untuk melaksanakan niat setelah sekian lama tertangguh. Faktor umur usah dijadikan alasan untuk mengelak diri daripada mempelajari ilmu agama.

Bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya. – Surah An-Nahl, Ayat 43

Ingatlah bahawa tempoh untuk kita tidak terhad dan terbatas. Islam menetapkan untuk kita bertanyakan sesuatu yang kita tidak tahu dalam hal agama kepada mereka yang lebih tahu.

Firman Allah yang bermaksud: “Bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya.” (Surah An-Nahl, ayat 43).

Apa yang lebih utama ialah perbetulkan niat untuk mempelajari ilmu agama seikhlasnya demi kerana Allah dan Rasul-Nya. Ingat tujuan sebenar kita menuntut ilmu untuk keluar daripada kejahilan demi mencari kebenaran dan berpegang kepadanya.

Kisah tiga lelaki dalam majlis ilmu yang dikendalikan Rasulullah SAW boleh dijadikan pengajaran kepada sesiapa yang berminat mendalami ilmu agama dan khabar dibawa Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dalam proses pencarian ilmu keagamaan.

Daripada Abi Waaqid Allaithy menceritakan, sewaktu Rasulullah SAW berada dalam majlis ilmu di masjid bersama sahabatnya, datang tiga lelaki, lalu dua orang terus menyertai majlis ilmu itu manakala seorang lagi berlalu begitu saja (tanpa menyertainya).

Sewaktu kedua-dua orang itu berada dekat halaqah, salah seorang daripada mereka terlihat ruang kosong lalu dia duduk di situ, manakala seorang lagi duduk jauh di belakang. Lelaki yang ketiga beredar.

Apabila Rasulullah SAW selesai mengendalikan pengajian lalu Baginda bersabda: “Mahukah kalian aku khabarkan mengenai hal orang bertiga itu? Yang pertama itu dia bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu, maka Allah melapangkan tempat untuknya, manakala yang kedua itu dia berasa malu (tidak bersungguh-sungguh) maka Allah juga malu daripadanya (yakni tidak memberinya ilmu yang banyak) dan yang ketiga itu dia berpaling dari Allah, maka Allah juga berpaling daripadanya (tidak mengendahkannya).”

Daripada Abi Musa, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan hidayah dan ilmu yang aku bawa daripada Allah adalah bagaikan hujan yang lebat menimpa bumi; maka ada bahagiannya yang subur dan mudah menyerap air, lalu tumbuhlah pokok dan rumput yang banyak, dan ada pula bahagiannya yang keras hanya menakung air tetapi tidak menyerap, lalu manusia dapat mengambil manfaat daripadanya seperti minum, menyirami dan mengairi tanaman, dan ada pula bahagian yang lain iaitu bahagian tanah yang sama sekali tidak menerima air dan tidak pula tumbuh tanaman (diatasnya).”

Itu adalah perumpamaan (untuk) orang yang memahami agama Allah, dia dapat mengambil manfaat daripada apa yang diberikan Allah kepadaku, lalu ia mengetahuinya dan mengajarkannya (kepada orang lain); dan perumpamaan (untuk) orang yang tidak mengangkat kepala dengan itu; dan (perumpamaan untuk orang) yang tidak menerima hidayah yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepadaku.” (Hadis sahih, Muttafaq ‘Alaihi).

Antara ilmu yang utama ialah ilmu yang diwahyukan kepada Rasul-Nya. Ilmu agama ini diturunkan Allah Taala dengan dua tujuan iaitu mengaturkan hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan Allah Taala.

Keduanya, dengan ilmu agama ini diajarkan adab dan peraturan yang mesti diamalkan seseorang dalam hubungannya dengan Allah demi mencapai keredaan-Nya. Matlamatnya jelas untuk kebahagiaan di dunia dan mendapat balasan sebaik-baiknya di akhirat kelak.

Letakkan niat yang baik supaya dapat memperbaiki diri dengan menambah pengetahuan dalam ilmu agama bagi memudahkan urusan amal ibadah.

Daripada Ka’ab bin Malik, katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) bertujuan untuk menyaingi ulama atau berbahas dengan orang jahil atau supaya dengan ilmu itu wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah).

Tuntutlah ilmu selagi nyawa dikandung badan.

Sayang

✔ Sayang ALLAH SWT Syurga terbuka ツ
✔ Sayang RASUL menjauh neraka ツ
✔ Sayang AGAMA elak petaka ツ
✔ Sayang IBU jangan derhaka ツ
✔ Sayang AYAH elak di murka ツ
✔ Sayang IMAN amal di rangka ツ
✔ Sayang HATI berbaik sangka ツ
✔ Sayang ILMU tiada pusaka ツ
✔ Sayang NYAWA usah diteka ツ
✔ Sayang HARTA pada ketika ツ
✔ Sayang SAUDARA membalut duka ツ
✔ Sayang KEKASIH semaikan suka ツ
✔ Sayang SAHABAT sanggup terluka ツ
✔ Sayang KAWAN maniskan muka ツ

♥ Sayang satu ucapan yang mudah disebut tapi biarlah dengan keikhlasan. ♥
♥ Ingatlah sentiasa kepada Allah yang memberi rezeki dan kenikmatan. ♥
♥ Sesungguhnya tanpa kasih Sayang-Nya siapalah kita disisi Allah. ~ Z ~ ♥

Dajjal Sudah Muncul! Konspirasi 'The Hidden Hands" Di Bongkar!

[url=http://dajjal-sudah-muncul.blogspot.com/2010/07/selamat-datang.html][img]http://www.rahsiaebiz.com/images/dajjal-sudah-muncul.jpg[/img][/url]

Video The Arrivals telah membongkar konspirasi The Hidden Hands iaitu
pertubuhan yg disertai golongan elit terkaya dunia yang mempunyai
pelbagai nama sama ada Freemason, Illuminati dan sebagainya. Mereka
inilah yang merancang segala plot peperangan di dunia dan menakluk minda
manusia dengan pelbagai cara.

Freemason/Illuminati ini merupakan golongan yang pengikut [url=http://dajjal-sudah-muncul.blogspot.com/2010/07/selamat-datang.html]dajjal[/url] & iblis.. menggunakan
amalan sihir kabbalah dan pelbagai ritual simbolik piramid bermata satu..
Negara jajahan Freemason adalah British dan USA.. mereka telah lama ada
sejak perang salib lagi.. Jadi tidak hairanlah jika negara Islam hari ini
diserang dan ditindas spt Afghanistan, Iraq dan lain-lain kerana Freemason
mempunyai agendanya yg sendiri bg mengaut minyak & kuasa.

Blog video ini pernah diancam & facebook account sy pernah di disable kerana
cuba menyebarkan informasi sebegini rupa.. Jika saudara saudari teliti
semua video ini akan menemui kaitan Freemason/Illuminati ini dalam negara
Malaysia.

Tidak ketinggalan juga terselit simbolik mesej freemason & syaitan dalam
lagu dan artis terkenal.. sptmana Linkin Park kini menggunakan simbol
piramid dgn bermata melambangkan LP... Mereka juga berkolaborasi dgn
composer Illmunati iaitu Jay-Z yg suka menggunakan simbol tangan
piramid.. antara artis lain adalah madonna, britney spears, rihanna etc..

So berhati-hati dgn perangkap The Hidden Hands ini.. jgn sampai kita
guna lagu mereka.. tersalah puja iblis dan hilang akidah secara x sedari.

Oklah takat ini dulu info saya.. saya x tau sama ada account blogspot
sy akan dibanned.. malah facebook sebelum ini juga pernah di disable
tanpa warning... ia cukup pelik mereka takut & sensitif dgn video ini..

Saya akan tetap sebarkan video2 The Arrivals ini... biar semua org tahu
dan cuba kita bongkar rahsia The Hidden Hands... Saya nk minta tolong
kengkawan semua utk sedarkan mereka yang lain supaya tidak hanyut
dalam sistem freemason ini... Mereka telah lama menjajah minda kita...

Sudah tiba masa utk bebaskan minda.. dan lihat apa yang sebenarnya
berlaku dalam hidup.. kita mempunyai kebebasan... dan jgn biarkan
The Hidden Hands memerangkap kita sebagai 'slave' mereka....

Sama-sama fikir.. jgn lupa utk forward blog ini di web, forum dan lain2.

Terima kasih ! Moga Allah lindungi kita semua....

Friday, 13 January 2012

Inilah Rahsia Kejayaan Pengarah Tersohor Dunia


Pengarah filem terkenal, Steven Spielberg menghidap 'penyakit' membuat filem ketika berusia 12 tahun dan separuh abad kemudian, dia akan menjadi tidak tenteram jika tiada kisah menarik untuk dijadikan filem.

Spielberg mendedahkan masalahnya itu kepada peminatnya yang berada di dalam sebuah bilik di sebuah pusat filem.

Para peminatnya berdiri dan bertepuk tangan apabila pengarah tersohor Hollywood berkenaan muncul di pentas bagi menghadiri majlis tayangan filem terbaharunya, War Horse.

"Saya seorang pencerita," kata pengarah filem berusia 65 tahun itu.

"Sejak sekian lama, filem adalah segalanya dalam hidup saya dan tanpa kisah untuk disampaikan, saya akan menjadi gila.

"Tanyalah isteri dan anak-anak saya bagaimana situasi di rumah bersama saya tanpa sebarang filem untuk saya arahkan dalam masa terdekat. Saya merupakan seorang individu yang teruk untuk tinggal bersama," tambahnya.

"Saya murung, saya mundar-mandir di dalam rumah tanpa arah tujuan, saya menjadi sedih!" ujar Spielberg lagi.

"Apabila situasi seperti ini berlaku, keluarga saya akan segera menelefon studio perfileman saya dan berkata, adakah terdapat dalam fail, filem yang boleh diarahkan olehnya, tolonglah kami!"

Spielberg berkata: "Saya mula membikin filem semasa kanak-kanak kerana saya yang tidak memikirkan perkara lain yang lebih menyeronokkan untuk dilakukan.

"Apabila saya berusia 13 tahun, tidak ada apa yang menarik perhatian saya selain daripada mengambil kamera filem dan memberitahu kisah selama tiga dan empat minit."

Menurutnya, pada hari ini dia memperoleh tenaga dan terujaan yang sama semasa menghasilkan sebuah filem.

"Saya mengingati perasaan yang sama pada umur 12 dan 13 tahun, perasaan yang sama yang saya masih ada semasa saya menjangkau 65 tahun," katanya.

Diperkenalkan kepada para peminat filem menerusi filem aksi cemas, Duel pada 1971, Spielberg menceburi filem aliran utama empat tahun kemudian menerusi Jaws.

Sejak itu, Spielberg telah mengarahkan lebih 30 buah filem selain sejumlah produksi untuk televisyen seperti siri penyiasatan Columbo dan siri popular tahun 2001, Band of Brothers.

War Horse menceritakan kisah Joey, seekor kuda yang dibesarkan di pedalaman England yang terpaksa berpisah dengan tuannya, Albert selepas dihantar ke medan perang di Perancis semasa Perang Dunia Pertama.

Hampir dianggap ketinggalan zaman, War Horse menggarapkan kembara binatang kesayangan manusia dalam senario perang dahsyat digabungkan bersama permainan emosi yang melayakkan ia memperoleh pencalonan anugerah Golden Globe bagi kategori filem dramatik terbaik walaupun ramai pengkritik mempunyai pendapat berbeza tentang filem tersebut.

"Saya menangis apabila saya menonton filem ini," kata Spielberg tentang hasil kerja terbaharunya.

"Ia penceritaan yang terang dan jelas. Saya sukakan kisah yang tidak dibayangi simbolik atau metafora," tambahnya.

Apabila diminta oleh hos majlis berkenaan untuk memberikan nasihat kepada generasi baharu pembuat filem, Spielberg memberitahu, pengambilan pelakon merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan sesebuah filem.

"Perkara terbaik untuk filem anda adalah memilih pelakon yang tepat. Jika anda gagal berbuat demikian anda perlu bekerja keras 10 kali ganda kemudian.

"Apabila anda telah memilih barisan pelakon, dengar apa yang mereka ingin perkatakan, biar mereka melakukan kerja mereka. Kenapa anda memilih barisan pelakon berbakat jika anda tidak mengendahkan mereka? Anda perlu lebih banyak mendengar daripada bercakap." katanya lagi.

Menurut Spielberg, nasihat terbaik pernah diterimanya sebagai penerbit filem muda adalah daripada pengarah filem Perancis, Francois Truffaut yang dikenalinya dalam tahun 1970-an.

"Dia datang ke Mobile di negeri Alabama selepas menamatkan penggambaran filem Small Change dan berkata (kepada saya): Anda perlu bekerja bersama kanak-kanak," ujar Spielberg.

"Anda akan menjadi relevan dalam filem-filem anda," kata Spielberg apabila diminta mendedahkan rahsia kejayaannya.

"Inilah diri saya yang sebenar. Saya masih kanak-kanak itu (dirinya sendiri) dan tidak pernah berubah," jelas Spielberg.

Sedikit Fakta Mengenai Titanic


Pembinaan
- Dibina pada 31 March 1909 di Belfast, Ireland oleh Syarikat Harland & Wolff.
- Pembinaan Titanic mengambil masa kira-kira 3 tahun dengan kos $ 7.5 juta.
- Kira-kira 3000 orang buruh diambil berkerja untuk menyiapkan Titanic.
- Tangki kedap air berjumlah 16 buah dengan dilengkapi pintu keluli yang direka khas untuk menutup dalam masa 25 saat jika berlaku sebarang kemungkinan kebocoran sehingga menyebabkan air memasuki kapal.
- Hampir 3 juta rivet digunakan dalam pembinaan Titanic.

Bot Penyelamat
- Titanic telah dibekalkan dengan bot penyelamat yang hanya cukup untuk menampung separuh daripada bilangan maksimum penumpangnya.
-Bot penyelamat disediakan berdasarkan berat tan kapal Titanic bukan berdasarkan jumlah penumpang Titanic. Prosedur ini berdasarkan peraturan yang digariskan oleh pihak berkuasa pada masa itu.
-Separuh bot penyelamat Titanic yang diturunkan tidak penuh dengan penumpang.
- Beberapa bot penyelamat Titanic hanyut ke laut sebelum mereka menggunakannya. Beberapa yang lain pula terbalik ke dalam air.

Penumpang
- Seramai 2227 orang penumpang berada di atas kapal Titanic namun hanya 705 orang sahaja yang terselamat.
- Banyak diari mangsa Titanic dijumpai. Kebanyakannya telah menggambarkan keadaan berputus asa dan pasrah kepada Tuhan.
- Kematian Kapten Edward Smith merupakan topik perbahasan paling hangat. Ramai ragu-ragu bahawa Kapten Smith telah menjadi punca kepada kemalangan aisberg memandangkan pengalamannya selama 26 tahun perlayaran di Lautan Atlantik.
-Kapten Edward Smith digelar ‘Kapten Jutawan’ kerana pendapatannya yang lumayan serta berkawan rapat dengan ramai hartawan dan billionair pada zaman itu.
- Molly Brown adalah salah satu individu yang paling terkenal di Titanic. Beliau yang merupakan isteri kepada jutawan lombong perak daripada Colorado adalah satu-satunya wanita yang bertungkus-lumus mengemudi bot penyelamat semasa tragedi Titanic.
- Salah satu cerita yang paling terkenal adalah mengenai kesetiaan pasangan Straus, yang terkenal sebagai antara pasangan terkaya menjadi penumpang Titanic. Apabila mengetahui suaminya tidak boleh menaiki bot penyelamat, Mrs. Straus memilih untuk tinggal bersama suaminya. Kedua-dua pasangan Straus maut dalam tragedi Titanic.

Kemalangan
- Titanic melanggar aisberg di lautan Atlantis berhampiran Newfoundland sejurus sebelum tengah malam 14 April 1912. Ia tenggelam sepenuhnya pada jam 2.20 pagi iaitu dua jam selepas berlakunya kemalangan tersebut.
- Impak daripada kemalangan tersebut menyebabkan badan kapal Titanic dan tangki kedap udara mula dimasuki air.
- Carpathia mendapat isyarat SOS daripada Titanic sejurus kemalangan tersebut. Namun, mereka terlalu jauh untuk menyelamatkan sebahagian besar daripada mereka. Carpathia sampai ke kawasan kemalangan apabila menjelang waktu pagi 15 April 1912.
- Kapal-kapal berhampiran seperti Carpathia dan Californian telah dilaporkan tentang kehadiran aisberg, begitu juga dengan Titanic. Akan tetapi Titanic terus bergerak pada kelajuan tinggi.
- Sebuah kumpulan kugiran tetap bermain muzik sehingga kapal tersebut tenggelam pada 2.20 pagi. Kesemua ahli kugiran tersebut bersemadi di dalam kapal Titanic.


Filem - Filem Titanic telah dicalonkan untuk 14 anugerah Oscar dan memenangi 11 daripadanya. Ia menjadikan ia filem pertama untuk memenangi lebih daripada 10 anugerah.
- Pada tahun 1997, ia menjadi filem kutipan tertinggi sepanjang zaman. Kini, filem Titanic berada di kedudukan ke-6 di Amerika Utara.
- Tiada individu yang mempunyai nama yang sama seperti Leonardo DiCaprio (Jack Dawson) dan Kate Winslett (Rose DeWitt Bukater) di atas kapal.
- Miskipun watak Jack dan Rose adalah rekaan pengarah James Cameron namun watak sampingan lain seperti wanita kaya, Molly Brown yang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa, kapten Titanic, Kapten Edward Smith, penumpang kelas pertama Titanic, John Jacob Astor, dan ketua kugiran, Wallace Hartley adalah watak sebenar yang mewarnai filem Titanic.

Umat Islam Boleh Ada Akaun Facebook

KUALA LUMPUR: Hukum mempunyai laman sosial facebook adalah dosa besar dan dilarang dalam Islam, jika digunakan atas tujuan yang mendatangkan mudarat termasuk melemparkan fitnah, mencaci serta memburukkan orang lain.

Sebaliknya, jika laman sosial itu digunakan menyampaikan maklumat benar dan berinteraksi dengan orang lain secara berhemah adalah diharuskan.


Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, tidak menjadi masalah bagi seseorang mempunyai akuan laman sosial itu, malah facebook sendiri sebahagian daripada lambang kemajuan manusia dalam dunia penerokaan ilmu teknologi maklumat (ICT).

“Facebook satu rangkaian sistem dibangunkan atas tujuan komunikasi menyalur dan mendapatkan maklumat, kita tidak boleh sekat atau haramkan terus penggunaannya kerana ia memberi manfaat jika diguna atas kehendak yang baik.

“Selain itu, ia tidak mempunyai nyawa dan akal, sebaliknya digerakkan sendiri oleh manusia yang menggunakannya, apa pun hukumnya bergantung pada si pengguna bukan sistem itu, ” katanya ketika dihubungi semalam.

Kini, lebih 12 juta rakyat di negara ini pemegang akaun facebook, majoritinya berusia antara 16 hingga 35 tahun.
Laman SocialBakers.com sebelum ini melaporkan Malaysia kini pengguna facebook ke-17 ramai di dunia.

Selain itu, Abdul Syukur berkata, menjadi tanggungjawab pengguna memanfaatkan laman sosial berkenaan dengan perkara berfaedah, selain mengelakkan diri daripada terdedah dengan sebarang bentuk fitnah, cacian, provokasi yang boleh memudaratkan dan merosakkan ummah.

Sementara itu, jurucakap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, sehingga kini, pihaknya tidak diperuntukkan undang-undang khusus untuk menyekat pemegang akaun facebook yang melanggar norma disebabkan laman itu dibina dan dimiliki oleh firma di luar negara.

Katanya, pihaknya sekadar memaklumkan dan melapor kepada pemilik facebook supaya membuat sekatan terhadap laman sosial itu jika terdapat unsur yang mengancam keselamatan negara.

“SKMM sebelum ini juga pernah melakukan sekatan terhadap pemegang akaun facebook yang dilihat memaparkan unsur dan bahan lucah selain kandungannya boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya.

Hiburan Semata-Mata


akulah The Joker versi kucing, hahahaha!

Tanda Lelaki Sayang

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

sumber: http://www.informasi.my/tanda-lelaki-sayang/