Tuesday, 10 January 2012

DOA UNTUK IBUBAPA

" Ya Allah.. Rendahkanlah suaraku bagi mereka, Perindahlah ucapanku di depan mereka, Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka..

Ya Allah.. Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku semenjak aku kecil..

Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah.. hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda..

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.. Amin.. "

Doa Untuk Hati Yang Terluka

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepada Mu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia..)

Sumber: http://akuislam.com/blog/doa/doa-untuk-hati-yang-patah/#ixzz1j2IpjYI

Doa Kepada Ibu Bapa

Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa. Kasih mereka terhadap anak adalah kasih daripada titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas.

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

Sumber: http://akuislam.com/blog/doa/doa-kepada-ibu-bapa/#ixzz1j2I42GtW

Doa Agar Dipermudahkan Urusan

Apabila menghadapi sebarang masalah , mohonlah pada Allah swt. keringanan dengan membaca doa berikut :

اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikanmudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .[1]

Petua Beramal :

Adalah menjadi sunnatullah dalam kehidupan , bahawa manusia itu mengahadapi ujian berupa kelaparan , kematian dan kesulitan , kerana dengan ujian yang berbagai itu Allah swt dapat mengetahui tahap keimanan hambaNya . Firman Allah swt dalam surah al-kahf ayat ke 7 :

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya”.

Walaupun Allah sebenarnya telah mengetahui tahap keimanan manusia sebelum berlaku ujian , namun ujian seperti kesulitan itu dapat mendedahkan kepada manusia itu sendiri keperluannya untuk mengambil langkah-langkah pemulihan kepada permasalahan imannya sendiri. Dia perlu memuhasabah dirinya , memperbaiki sikapnya , mengikhlaskan amalannya untuk mencapai kualiti amalan yang dikehendaki Allah dan sebagainya. [2]

Dalam buku As’ad Imra`atan Fil Alam, Dr Aid Al-Qarni menjelaskan kepentingan memiliki semangat yang jitu dengan katanya yang bermaksud : “ Jadilah manusia yang mempunyai cita-cita yang tinggi, melalui kesukaran untuk sentiasa mendaki kea rah kejayaan, secara istiqamah, elakkan dari kecundang.Ketahuilah bahwa hidup ini ibarat beberapa detik sahaja, jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan tabah…” [3]

Ini juga merupakan tip berharga buat dikongsi bersama meniti kehidupan .

[1] HR Ibn Hibban no 2427 , Ibnus Sunni no 351 , Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no 2886

[2] Lihat buku Mauqif al-Muslim , muka surat 51

[3] Lihat Kitab As’ad Imra`atin Fil Alam Bab Unzuri Ila al-Sahab Wa La Tanzuri Ila al-Turab, karangan Dr Aid Abdullah Al-Qarni

Sumber: http://akuislam.com/blog/doa/doa-agar-dipermudahkan-urusan/#ixzz1j2EIXdm8

Untuk Renungan Bersama

Fikirkan hal-hal ini sebelum kita mengeluh tentang sesuatu perkara~

1. Sebelum mengeluh tentang makanan yang tidak sedap, cuba fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan..

2. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali..

3. Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan..

4. Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk didalam hidupnya..

5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri anda, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup..

6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat..
7. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul..

8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal di jalanan..

9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya jarak kamu tempuh untuk sampai ke sesuatu tempat dengan menggunakan kereta, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan hanya berjalan kaki..

10. Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran dan orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu..

11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak membuat kesalahan dan berdosa..

12. Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahawa kamu masih hidup.

Terapi lintah mampu sembuhkan penyakit

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jan - Terapi lintah atau bekam lintah adalah rawatan tradisional dengan lintah digunakan sebagai alat untuk menjalankan rawatan.

Rawatan itu berasal dari Malaysia dan haiwan berkenaan dibiakkan di Malaysia.

Istilah perubatan untuk lintah adalah Hirudinaria Manillensis. Lintah itu akan diletak di bahagian yang terjejas dan ia sendiri akan mencari bahagian badan yang mempunyai darah kotor.

Apabila bahagian itu ditemui, ia akan menghisap keluar darah. Satu cara rawatan semula jadi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia. Pengamal rawatan lintah mempunyai pengetahuan yang banyak dalam fungsi saraf dan anatomi badan.

Rawatan itu mengambil masa yang lebih lama untuk menunjukkan kesan namun ia bergantung pada keseriusan keadaan. Dalam jangka panjang, rawatan lintah atau bekam lintah tradisional tidak mempunyai kesan sampingan.

Rawatan lintah sesuai untuk penyakit gout, diabetes, bisul, membuang jerawat, rawatan saraf dan banyak lagi. Setiap sesi rawatan bergantung pada umur pesakit.

Bagi umur 1-25 tahun, ia mengambil masa 60 hingga 90 minit sebelum lintah jatuh daripada bahagian yang terjejas. Bagi umur 25 tahun dan ke atas, ia mengambil masa 90 hingga 120 minit.

Menurut Pengarah Perkhidmatan Ain Wafiwah, Awang Abdul Aziz Hj Seri, beliau berharap bekam lintah akan menyediakan gaya hidup yang lebih baik dan lebih sihat.

Awang Aziz merancang membuka pusat perubatan diabetes di seluruh negara dengan sokongan kerajaan Kebwah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dan agensi berkaitan. Menurutnya, rawatan tradisional boleh menjadi alternatif kepada rawatan moden.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 8878757/7199599 atau layariwww.leech.com.my.

Sumber : http://www.mediapermata.com.bn/isnin/jan9t14.htm

15 nama jalan baru dilancarkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jan - Sebanyak 15 nama jalan yang dicadangkan Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi dan diluluskan oleh kerajaan pada November 2011 dilancarkan di Daerah Brunei dan Muara, kelmarin.

Jalan-jalan berkenaan adalah Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha yang terletak di Mukim Kianggeh bermula dari simpang tiga, Jalan Haji Basir dan Jalan Sultan berdepan dengan bangunan Balai Bomba Bandar Seri Begawan.

Jalan Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah pula di Mukim Gadong 'B', bermula dari Jalan Gadong simpang empat iaitu Jalan Gadong dan depan Jalan Telanai terus menuju pusing keliling sebelah kanan Kawasan I, Perpindahan Mata-Mata.

Sementara itu, Jalan Permaisuara di Mukim Gadong 'B', bermula dari simpang tiga depan Jalan Pengiran Babu Raja sehingga simpang tiga depan Jalan Telanai.

Manakala itu, Jalan Jame 'Asr pula berada di Mukim Kianggeh dan Gadong 'B', bermula dari lampu isyarat simpang empat depan Jalan Kumbang Pasang (Maktab SOAS) menuju pusing keliling Jame 'Asr dan diteruskan menuju pusing keliling Jalan Pengiran Babu Raja.

Jalan Stadium pula terletak di Mukim Berakas 'A' yang bermula dari simpang tiga depan Jalan Berakas sebelah kiri Kawasan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sehingga menuju pusing keliling sebelah kanan Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas dan terus menuju ke simpang Jalan Pulaie dan ke simpang tiga lampu isyarat depan Jalan Berakas sebelah kanan pangsapuri kerajaan, Kampung Anggerek Desa dan depan ABDB.

Jalan Dewan Majlis yang terletak di Mukim Kianggeh pula bermula dari lampu isyarat simpang empat depan Jalan Menteri Besar menuju ke Bangunan Dewan Majlis sehingga simpang tiga depan Jalan Kebangsaan.

Manakala itu, Jalan Pusat Persidangan terletak di Mukim Berakas 'A' yang bermula dari lampu isyarat simpang empat depan Stadium Negara, Jalan Stadium sehingga lampu isyarat simpang empat depan Jalan Menteri Besar.

Jalan Pusat Dakwah pula terletak di Mukim Berakas 'A' bermula dari lampu isyarat simpang empat depan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jalan Kebangsaan sehingga pusing keliling sebelah kiri bangunan Pusat Persidangan Antarabangsa dan depan Stadium Negara.

Jalan Landasan Lama pula bermula dari simpang empat depan Kementerian Pendidikan sehingga ke penghujung jalan menuju bangunan Unit Latihan, Kementerian Pembangunan manakala Jalan Pertahanan pula bermula dari simpang tiga Jalan Berakas menuju terus ke lampu isyarat simpang empat depan Kementerian Pendidikan.

Jalan Muhibah pula bermula dari simpang tiga depan TelBru sehingga pusing keliling depan Bangunan Kementerian Pembangunan, sementara Jalan Pembangunan bermula dari simpang tiga depan Pusat Pemprosesan Mel sehingga jalan menuju ke Bangunan Unit Latihan, Kementerian Pembangunan.

Jalan E-Kerajaan pula terletak di Mukim Gadong 'B' yang bermula dari simpang tiga Perindustrian Beribi, Jalan Industri Beribi sehingga hujung jalan simpang tiga depan Jalan Pengiran Babu Raja.

Jalan Dato Haji Ahmad yang terletak di Mukim Berakas 'A' pula bermula dari simpang tiga Jalan Pertahanan sehingga ke penghujung jalan. Jalan Industri Beribi pula di Mukim Gadong 'B' bermula dari pusing keliling Jalan Pengiran Babu Raja sehingga pusing keliling kawasan Perindustrian Beribi, Gadong.

Oleh Sim Y H

Sumber : http://www.mediapermata.com.bn/isnin/jan9t3.htm

Ustazah Jatuh Cinta?

Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?
Tapi layakkah ustazah jatuh cinta?
Mereka juga punya hati dan rasa.
Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.
Ketika ustazah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci
Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

Ketika ustazah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.
Alangka kasihannya jika ustazah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.
Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.
Walaupun telah ramai yang ustazah (dan wanita baik yang lain) telah hanyut dan rosak dalam cinta dunia...

Hijrah Sperma Menjadi Seorang Manusia

Setelah sekian lama menginap di dalam
skrotum di bahagian epididimis seorang
insan yang bergelar lelaki, telah berlakunya
peristiwa penghijrahan beramai-ramai
jutaan sperma ke suatu tempat yang asing
bagi mereka.

Mereka berhijrah melalui kaedah pancutan
ke dalam tubuh seorang wanita. Ke suatu
tempat yang tidak pernah mereka jejaki
sebelum ini.
Di tempat asing tersebut, para sperma
berlumba-lumba pula menuju ke Tiub
Fallopio. Dengan hasrat dan azam yang
tinggi, menjadi satu-satunya sperma yang
berjaya memikat hati sang ovum.

Pelbagai
rintangan ditempuhi. Hingga ada yang sesat
dan terperangkap. Malah ada yang
terbunuh. Hanya satu sahaja sperma
bertuah yang layak bersatu dengan ovum.
Setelah mereka berdua bersatu, selaput
ovum tiba-tiba bertukar dan bertindak
menyekat kemasukan sperma yang lain.

Ovum dan sperma bersenyawa dan menjadi
zigot. Setelah membesar menjadi embrio,
berhijrah pula ke uterus untuk menempel
di situ. Setelah itu, berlaku pelbagai lagi
transformasi hingga menjadi fetus yang
hampir lengkap ciri-ciri seorang bayi.
Genap 9 bulan 10 hari, fetus mula
mengganas. Menendang-nendang tempat
penginapannya sebagai tanda protes mahu
berhijrah lagi. Kali ini, dia mahu berhijrah
ke tempat yang lebih luas dan indah.

Akhirnya... Uwekk.. Uwekk.. Uwek.. Dia
berjaya keluar dari alam rahim untuk
berhijrah ke alam dunia. Fetus kini bergelar
bayi. Dan bakal terus membesar dan
membesar menjadi seorang manusia.
Hijrahnya tidak akan terhenti setakat itu
saja. Di dunia yang fana ini, dia akan terus
berhijrah. Berhijrah dari suatu tempat ke
suatu tempat. Berhijrah dari darul kufur ke
darul Islam. Berhijrah dari sifat mazmumah
kepada sifat mahmudah. Berhijrah daripada
seorang manusia menjadi seorang insan
yang soleh dalam usaha menjayakan misi
penghijrahannya yang terakhir. Iaitu hijrah
menuju keredhaan Allah serta syurga yang
kekal abadi. InsyaAllah...

Cinta Disaat Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tetapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
“Bolehkah saya masuk?” tanyanya.
Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, aku tidak pernah melihatnya,” tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tetapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
Tetapi itu masih tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan – lahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, sungguh sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
“Ya Allah, sungguh dahsyat azab maut ini, timpakan sahaja semua siksa maut ini kepadaku, janganlah pada umatku”.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangisan mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
”Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku..
Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

—-> Cinta adalah deklarasi keperibadian, juga pembuktian diri, di hadapan Allah SWT

Membangkang Perintah Ayah Demi Syurga

Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan.
Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak.”
“Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku.”

Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, “Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku.”

Saad menjawab, “Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah.”

Maka Khaitsamah berkata, “Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat.”

Saad menjawab, ” Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu.”

Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.

Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Tetapi Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis,
” Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, “Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku.”
Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.

Si Pengemis Buta

Di satu sudut Pasar Madinah terdapat seorang pengemis buta yahudi yang setiap harinya mengemis di kawasan tersebut. Kerana bencinya beliau kepada Baginda Rasulullah s.a.w., maka setiap kali di dekati orang ramai dia akan berkata “wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia gila, pembohong dan tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya”.
Namun Baginda Rasulullah s.a.w. tidak mempedulikan kata-kata tersebut, malah setiap pagi Baginda Rasulullah s.a.w. akan membawa makanan untuknya. Tanpa berkata sepatah pun, Baginda Rasulullah s.a.w. akan menyuapkan makanan tersebut tanpa di ketahui oleh pengemis buta itu yang menyuapkannya adalah Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri. Baginda Rasulullah s.a.w. melakukan perkara itu pada setiap hari sehinggalah beliau wafat.
Setelah wafatnya Baginda Rasulullah s.a.w. maka tiada lagi orang yang menghantar makanan kepada pengemis buta Yahudi tersebut sehinggalah pada suatu hari Abu Bakar r.a. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. yang merupakan isteri kepada Baginda Rasulullah s.a.w.
Abu Bakar r.a. bertanya kepada anaknya “Anakku, adakah kebiasaan kekasihmu yang belum aku kerjakan?
Aisyah r.a. menjawab “wahai ayahku, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tiada satu kebiasaannya pun yang ayah belum lakukan kecuali satu perkara sahaja”.

Abu Bakar r.a. bertanya lagi “apakah perkara itu wahai anakku, beritahulah”
Aisyah menjawab “setiap pagi Baginda Rasulullah s.a.w. akan pergi ke Pasar Madinah membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi yang terdapat di sana”.
Keesokan paginya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk pengemis buta Yahudi tersebut. Abu Bakar r.a. mendekati pengemis itu dan memberikan makanan yang di bawanya. Ketika dia mula menyuapkannya, si pengemis itu marah dan mengherdik “siapakah engkau?” tanya pengemis itu.
Jawab Abu Bakar r.a “Akulah, orang biasa yang selalu membawa makanan untuk kamu”.
“Bukan!, engkau bukan orang biasa yang mendatangi aku”. bantah pengemis buta itu.
“orang biasa yang mendatangi aku apabila dia kemari, tanganku ini tidak perlu memegang dan mulutku ini tidak susah untuk menguyah. Dia akan memicit-micit makanan tersebut sehingga halus sebelum menyuapkan aku” pengemis itu memberikan penjelasan.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air mata apabila mendengar penjelasan tersebut. Beliau menangis kerana sangat terharu dengan sikap mulia Baginda Rasulullah s.a.w. Walaupun Baginda Rasulullah s.a.w. seorang pemimpin umat tetapi beliau sanggup membawa makanan, memicit-micit sehingga halus dan menyuapkan seorang pengemis buta yang kotor dan miskin.
Sambil menahan tangisnya Abu Bakar r.a. berkata “aku memang bukan orang biasa yang mendatangi kamu tetapi aku adalah salah seorang sahabatnya. Orang mulia yang selalu mendatangi kamu itu sudah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.”
Pada saat itu juga pengemis tersebut menangis mendengar penjelasan Abu Bakar r.a. dan kemudiannya berkata “benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya tetapi dia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Setiap pagi dia akan membawakan aku makanan. Dia begitu mulia sekali…..”
Kerana terharu dengan peribadi Baginda Rasulullah, akhirnya pengemis buta Yahudi tersebut telah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Abu Bakar r.a. dan semenjak daripada saat itu dia menjadi seorang muslim.

WASIAT IMAM SYAFIE by Dr. Jaffry Hassan

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR

Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNGKAR DAN NAKIR

Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMALAN PADA HARI AKHIRAT

Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat. Warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (MALAIKAT PENJAGA NERAKA)

Iaitu; Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta waktu sembunyi dan memperelokkan akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu: Berasa redha kepada qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

Iaitu: Berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada Al-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu: Mengajak kearah kebaikan, mencegah manusia dari keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Semoga kita dapat beramal dengan wasiat-wasiat Imam Syafie yang sangat berguna tersebut. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tahukah Kau?

♥ HATI yang di dalam KESAKITAN,kita TAMPAL dengan KETABAHAN pengubat DIRI..
♥ HATI yang di dalam PENGKHIANATAN & TOHMAHAN,kita TAMPAL dengan KESABARAN pengawal EMOSI..
♥ HATI yang di dalam KETAKUTAN,kita TAMPAL dengan KETAQWAAN pendinding DIRI..
♥ HATI yang di dalam KERAGUAN,kita TAMPAL dengan KEYAKINAN petunjuk ALLAHURABBI..
♥ HATI yang di dalam KEKECEWAAN,kita TAMPAL dengan KEPASRAHAN mencari redha ILAHI..

Sesungguhnya DUHAI HATI~
Apa jua RINTANGAN dan DUGAAN yang hadir mencalar-balar~
Adalah UJIAN sepanjang KEHIDUPAN ~
Maka TABAH, SABAR, TAQWA, YAKIN dan PASRAH mendepani jalan~
Seusai DOA, USAHA dan TAWAKAL yang berpanjangan~
JANGAN PERNAH PUTUS HARAPAN AKAN KASIHNYA: AR-RAHMAN ~

TAKUKAH KAMU ?

♥ Seorang muslimah yang tak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong ,
♥ Seorang muslimah yang tiada teman lelaki , janganlah kau kata dia tak laku ,
♥ Seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat , janganlah kau kata dia kolot ,
♥ Seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka , janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang , -_-"

TAHUKAH KAU WAHAI ADAM .

Apa yang ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?
Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hatimu supaya teguh meletakkan Allah di atas singgahsana hatimu .
Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .
Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah .
Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu .

Lelaki Juga Ramai Masuk Neraka

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.
Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.


Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.
Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.
Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj
Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)