Tuesday, 10 January 2012

Lelaki Tua dan Gadis: Kisah di Kedai Makan

Suatu hari yang dingin dan tenang. Langit kelihatan membiru dihiasi tompok-tompok awan persis laut yang luas dan hempasan ombak yang sederhana ganas.

Di bawah langit yang tenang lagi biru itu, bumi terlihat tenang dengan dedahan pohon yang kecil melambai-lambai ditiup angin. Begitulah indahnya kurnia Tuhan buat manusia yang mahu berfikir.

Bertemankan bayu yang berpuput lembut, seorang tua tenang menikmati hidangan di sebuah kedai makan sederhana kecil di pinggir ibu kota. Selepas beberapa suap, dia menghirup perlahan minumannya yang kelihatan berasap. Sejurus meletakkan cawan, dia tersenyum beberapa ketika sebelum kembali mengadap pinggan yang belum licin.

Berkata si lelaki tua, "Alhamdulillah, sedap benar hidangan hari ini. Luar biasa!" lalu dia tersenyum lagi.

Di meja bersebelahan dengan tempat duduk lelaki tua itu, seorang gadis sedang mengetuk-ngetuk meja dengan jari. Wajahnya cantik namun terlindung apabila dia asyik menyembunyikan senyuman di sebalik riak masam. Matanya juga asyik tertunduk-tunduk memandang meja.

Gumam si gadis, "Mengapalah lambat benar servis kedai ini? Sudah hampir 15 minit saya menunggu tetapi air yang dipesan masih belum sampai-sampai."

Jemari halus itu terus mengetuk-ngetuk meja dan wajah yang cantik itu semakin masam. Semakin lama, semakin kuat bunyi ketukan di meja itu membuatkan si lelaki tua di meja sebelah mendongak ke arahnya. Lelaki tua itu tersenyum ke arahnya sebelum tertunduk semula. Tanpa mempedulikan senyuman dan pandangan si lelaki tua, gadis itu terus mengetuk mejanya.

Beberapa minit kemudian, lelaki tua itu mendongak lagi. Sekali lagi, dia tersenyum kepada gadis itu namun hanya dibalas dengan kerutan di dahi dan muncungan panjang.

Lelaki tua itu pun bertanya, "Mengapa kamu tidak tersenyum dan asyik mengetuk-ngetuk meja sejak tadi, wahai anak muda?"

Tersentak, gadis itu menoleh lalu jari-jari runcingnya spontan berhenti mengetuk meja. Dia memandang lelaki tua itu dengan wajah tanpa riak lalu berkata, "Saya sudah letih menunggu pesanan saya ang masih belum sampai sejak tadi. Mengapa pak cik bertanya begitu?"

Lelaki tua itu menghirup minumannya lagi lalu berkata, "Sudah kamu tanyakan kepada mana-mana pelayan mengapa pesanan kamu masih belum terhidang?"

Gadis itu menggeleng-geleng.

Sambung si lelaki tua, "Lalu, mengapa kamu kecewa dan marah?"

Gadis itu diam. Lelaki tua itu berkata lagi, "Tetapi, bersyukurlah kerana marahmu masih terkawal."

Mengangguk-angguk, gadis itu kemudian bertanya, "Apa maksud pak cik?"

Lelaki tua itu tersenyum dan bersedia mahu menyambung kata tetapi terhenti apabila kedai makan itu kecoh secara tiba-tiba! Serentak, lelaki tua dan si gadis menoleh ke hujung kedai.

Seorang lelaki berpakaian serba merah sedang marah-marah! "Sudah lama saya menunggu, mengapa pesanan saya masih belum siap? Apa awak semua mahu bertanggungjawab kalau saya mati kelaparan?"


Pelayan yang dimarah itu meminta maaf berkali-kali kepada pelanggannya namun dengan mata yang merah lelaki itu berkata, "Sudahlah, batalkan sahaja pesanan saya itu! Saya mahu ke kedai lain!" lalu dia keluar dengan wajah yang merah.


Lelaki tua itu tergeleng-geleng lalu dia tertawa kecil sementara si gadis mengedipkan matanya beberapa kali.

Gadis itu melopong.

Lalu, berkatalah si lelaki tua, "Itulah maksud saya tadi. Marahmu masih terkawal dan kami masih dapat bersabar. Bersyukurlah kerana itu. Kasihan dia, tentu dia lapar. Semoga dia tidak perlu menunggu lama-lama juga di kedai yang dia sedang tuju itu. "

Kemudian, lelaki tua itu menyambung lagi, "Kata Aa Gim, jika ada orang marah, bersyukurlah kerana bukan kita yang marah. Kasihanlah padanya kerana dia gagal mengawal dirinya."

Kisah Pensel dengan Pemadam

PENSEL: Saya minta maaf.

PEMADAM: Untuk apa? Awak tak buat salah pun dengan saya.

PENSEL: Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya, awak kehilangan sebahagiaan dari diri awak, awak menjadi semakin kecil.

PEMADAM : Takpe, saya langsung tidak kisah tentangnya kerana, saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang, saya bangga dengan tanggungjawab saya ni. Jadi jangan la risau.

E-Mail

E-mel (E-mail) merupakan sarana komunikasi yang berkesan dan berkesan. Namun sayangnya, ketika ini e-mel yang sebetulnya sangat dikotori dengan e-mel-e-mel yang mengandungi maklumat yang tak diingini atau spam. Jumlahnya pun semakin hari semakin banyak.

Negara mana yang menjadi penyebar spam terbanyak? Syarikat antivirus Kaspersky menyebutkan dalam penelitiannya bahawa India merupakan negara penghantar e-mel spam terbanyak. Menurut Kaspersky, selama suku ketiga tahun 2011, dari keseluruhan lalu lintas e-mel global, sebanyak 79.8 peratus merupakan spam. Dari jumlah itu, 14.8 peratus berasal dari India, dan 10.6 peratus dari Indonesia, dan 9.7 peratus dari Brazil.

Darya Gudkova, seorang penganalisis spam di Kaspersky berkata, statistik itu mencerminkan trend yang berkembang untuk spam. Spam banyak dihantar dari komputer di Asia dan negara-negara Amerika Latin kerana kurangnya kesedaran tentang keselamatan internet. Undang-undang untuk membanteras e-mel spam ini pun masih lemah. Hal ini memudahkan penjahat cyber membina botnet (rangkaian yang dijangkiti).

Wijay Mukhi, pakar kemananan internet di Mumbai, ibu kota India, mengatakan spammer terpaksa mencari pangkalan baru setelah negara-negara lain menindak keras amalan spam. India saat ini mempunyai 112 juta pengguna internet, ketiga terbesar di dunia selepas China dan Amerika Syarikat, menurut The Internet and Mobile Association of India (IMAI).

Persatuan ini menganggarkan bahawa 5 hingga 7 juta pengguna baru bertambah setiap bulan dan dengan pertumbuhan seperti ini, India akan mempunyai lebih ramai pengguna daripada Amerika Syarikat dua tahun ke depan. Fakta ini akan memperbanyak pengguna yang berpotensi menjadi penyumbang e-mel spam.

Pejabat kerajaan tidak mungkin bertindak tegas kerana India belum mempunyai undang-undang antispam. Hal serupa terjadi di Indonesia, seperti yang dikutip dari DailySocial, Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik (UU No 11 Tahun 2008/UU ITE) tidak secara jelas mengemukakan pasal yang berkaitan dengan e-mel spam.

Jadi selama belum ada undang-undang yang jelas untuk pencegahan e-mel spam ini maka kita harus waspada terhadap serangan spam 'buatan' dalam negeri.

Hal yang boleh kita lakukan sebagai pengguna untuk mengurangkan penyebaran spam tempatan ini adalah dengan menggunakan antivirus yang selalu di-update dan secara rutin menukar password akaun e-mel.

Nabi Sulaiman A.S. Dengan Kubah Ajaib

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa.
Kata salah seorang daripada mereka “Mungkin tersalah tempat”.
Tetapi baginda menjawab “Tidak, di sinilah tempatnya”.
Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib.
Tanya Nabi Sulaiman “Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut?”
Jawab Jin Ifrit “Tidak”.

Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.
Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik.
Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk ke dalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah.
Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajat kepada Allah.
Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman.
Pemuda itu bertanya “Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?”.

Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.
Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan.
Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta.
Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah.

Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.
Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut .

Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah.
Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya.
Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkan Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini.
Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu “Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini?”

Pemuda itu menjawab “Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi”.
Nabi Sulaiman menghitung . “Ini bermakna kamu telah berada di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun”.
Nabi Sulaiman berkata “Rupa mu tidak berubah malah sentiasa muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya”.
Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya”.
Jawab pemuda tadi “Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini”.
Nabi Sulaiman bertanya “Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu?”
Jawab pemuda itu “Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku”.
Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ke tempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ke tempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya “Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya”.
Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ke tempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.
*Sesungguhnya Allah menjanjikan ganjaran yang besar bagi sesiapa yang berkhidmat dengan setia kepada ibubapa...

Kerana Mulut Manusia

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, ‘Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, “Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyeksakan himar itu.”
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, “Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,
“Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah- rendahkan dan meringan-ringankannya.”

Jemputlah Aku Jika Waktunya Tiba

Sayang..

Aku sedang mempersiapkan diri

Membentuk hati supaya kelak menjadi yang terindah buatmu

Belajar dari Siti Hajar yang dengan sabar dan

Tanpa mengeluh menghadapi segala dugaan yang Allah berikan

Belajar dari Siti Khadijah yang setia dan



Tanpa lelah menemani Rasulullah dalam perjuangannya



Belajar dari kekasih yang setia menunggui Arjuna

Belajar dari Raihana yang tak lelah mencintai dan memberi ketulusan pada suaminya

Dan belajar pada isteri-isteri teladan yang lain

Yang suatu masa akan aku tanamkan pada diriku



Sayang..

Akan aku simpan kesucian cintaku untukmu

Untuk engkau yang nanti akan memberi cinta

Dan ketulusan serta perlindungan padaku

Untuk engkau yang telah Allah gariskan menjadi sebahagian dariku

Kerana aku potongan tulang rusukmu



Sayang..

Aku selalu berdoa sehingga nanti aku menjadi isteri solehah yang setia

Dan dengan tulus mengabdikan hidupku untukmu

keranaNya



Sayang.

Jemputlah aku jika waktunya tiba

dan aku akan setia menunggumu...

15 Anugerah Yang Allah Berikan Pada Wanita

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.

Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”



8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.” Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Ku Pinang Dirimu Dengan Al-Quran

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ يَقُولُ: إِنِّي لَفِي الْقَوْمِ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم إِذْ قَامَتِ امْرَأَةٌ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّهَا قَدْ وَهَبَتْ نَفْسَهَا لَكَ فَرَ فِيهَا رَأْيَكَ. فَلَمْ يُجِبْهَا شَيْئًا، ثُمَّ قَامَتْ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّهَا قَدْ وَهَبَتْ نَفْسَهَا لَكَ فَرَ فِيهَا رَأْيَكَ. فَلَمْ يُجِبْهَا شَيْئًا ثُمَّ قَامَتِ الثَّالِثَةَ فَقَالَتْ: إِنَّهَا قَدْ وَهَبَتْ نَفْسَهَا لَكَ فَرَ فِيهَا رَأْيَكَ، فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَنْكِحْنِيهَا. قَالَ: هَلْ عِنْدَكَ مِنْ شَيْءٍ؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: اذْهَبْ فَاطْلُبْ وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ. فَذَهَبَ فَطَلَبَ ثُمَّ جَاءَ فَقَالَ: مَا وَجَدْتُ شَيْئًا وَلاَ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ. فَقَالَ: هَلْ مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ شَيْءٌ؟ قَالَ: مَعِي سُورَةُ كَذَا وَسُورَةُ كَذَا. قَالَ: اذْهَبْ فَقَدْ أَنْكَحْتُكَهَا بِمَا مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ

Dari Sahl bin Sa’id As-Sai’di, ia berkata: Sesungguhnya aku berada pada suatu kaum di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba-tiba berdirilah seorang wanita seraya berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia telah menghibahkan dirinya untukmu, perhatikanlah dia, bagaimana menurutmu.”Beliau pun diam dan tidak menjawab sesuatupun.

Kemudian berdirilah wanita itu dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia telah menghibahkan dirinya untukmu, perhatikanlah dia, bagaimana menurutmu.” Beliaupun diam dan tidak menjawab sesuatupun. Kemudian ia pun berdiri untuk yang ketiga kalinya dan berkata: “Sesungguhnya ia telah menghibahkan dirinya untukmu, perhatikan dia, bagaimana menurutmu.”

Kemudian berdirilah seorang laki-laki dan berkata: “Ya Rasulullah, nikahkanlah saya dengannya.” Beliaupun menjawab: “Apakah kamu memiliki sesuatu?” Ia berkata: “Tidak.” Kemudian beliaupun berkata: “Pergilah dan carilah (mahar) walaupun cincin dari besi.”

Kemudian iapun mencarinya dan datang kembali kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sambil berkata: “Saya tidak mendapatkan sesuatupun walaupun cincin dari besi.” Maka Rasulullah bersabda: “Apakah ada bersamamu (hafalan) dari Al-Qur`an?” Ia berkata: “Ada, saya hafal surat ini dan itu.” Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Pergilah, telah aku nikahkan engkau dengan dia dengan mahar berupa Al-Qur`an yang ada padamu.”

Peristiwa Subuh.. Ingatlah!

Pada hari terakhir hayat baginda iaitu pada subuh hari Isnin, sakit baginda semakin tenat. Bilal yang selesai mengazankan subuh datang ke rumah Rasulullah kerana beginda tidak hadir mengimamkan solat subuh tersebut.

Rasulullah menyuruh Bilal memberitahu Abu Bakar supaya mengimami solat Subuh tersebut menggantikan baginda. Pada masa itu semua tahu bahawa hayat Rasul tercinta kekasih Allah ini semakin hampir kepada kewafatannya. Ramai sahabat-sahabat nabi menangis dengan keras dan bersedih hingga ada yang jatuh pengsan.

Ali r.a antara orang yang berada di sisi Rasulullah sebelum wafatnya melihat Rasulullah menggerakkan bibirnya dua kali. Beliau merapatkan telinganya untuk mendengar apa yang diperkatakan baginda. Ali r.a mendengar Rasulullah berkata “Ummati Ummati” yang bermaksud “Umatku, Umatku”.

Bukan keluarga, isteri, sahabat ataupun harta yang dirisaukan. Betapa Rasulullah menyintai kita semua hingga akhir hayat baginda. Bilal bin Rabah tidak pernah azan selama beberapa bulan sebab terlalu sedih dengan kewafatan baginda. Ramai para sahabat merayu dan memintanya supaya melaungkan azan semula.

Akhirnya pada satu subuh yang hening suara bilal memecah kesunyian pagi. Suaranya sayu dan terputus-putus sebab menangis ketika melaungkan azan. Hampir semua penduduk terkejut dan ada yang menyangka Rasulullah hidup kembali ketika itu. Begitu rindunya mereka terhadap Rasulullah..

Ya Allah.. Sesungguhnya hamba-Mu ini telah lalai.. Meninggalkan subuh yang hening tanpa mengira suatu ketika ada peristiwa yang sungguh sebaknya menusuk hati.

Seorang Rasul yang dicintai wafat padanya. Sedangkan umatnya lena dalam kamar penuh kedengkuran!

Jahilnya diri ini..

Bangunkanlah aku Ya Allah..

Aku mahu bertaubat padaMu

Aku mahu berselawat pada junjungan kekasihMu

Aku malu dengan para malaikatMu

Aku takut dengan azabmu...

Lady Gaga mahu berlakon di 'Bollywood'

PENYANYI dengan imej pelik, Lady Gaga memberitahu ingin menjadi seorang pelakon di Bollywood bagi memulakan kerjaya lakonannya. Gaga berkata, dia tertarik dengan tarian dan pakaian yang digayakan dalam filem-filem Bollywood selain merasakan produksi mereka lebih hebat daripada industri filem Hollywood. "Saya tidak berminat untuk menjadi pelakon di Hollywood sebaliknya ingin menjadi pelakon di Bollywood kerana produksi mereka lebih gah," ujar penyanyi Born This Way itu. Gaga pernah dilaporkan melawat India pada Oktober lalu dan kunjungannya ke negara tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan projek lakonan. Malah dia dikatakan turut keluar bersama pelakon terkenal, Shah Rukh Khan dan Arjun Rampal. "Saya sendiri sempat menyaksikan pertunjukan Bollywood di Paris dan semakin tertarik dengan muzik dan tarian India. Saya ingin berlakon di Bollywood," ungkapnya kepadaContactMusic.com. Tarikan Bollywood bukan baru di kalangan selebriti Hollywood kerana sebelum ini pelakon seperti Hugh Jackman, Paris Hilton dan Kim Kardashian pernah cuba untuk mencipta nama di negara tersebut.

Duit palsu jadi hantaran kahwin

BANDAR SERI BEGAWAN: Kegembiraan seorang ibu tunggal menerima menantu baru, bertukar peristiwa pahit apabila mendapati wang hantaran belanja hangus yang diterimanya adalah kepingan wang kertas palsu.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Juli berkata, dia tidak menyangka perkara ini boleh berlaku, apatah lagi urusan perkahwinan anak perempuannya dibuat secara teratur dan mengikut adat.

Katanya, majlis perkahwi nan anak perempuannya itu diadakan secara serentak dengan majlis menghantar tanda, tunang dan akad nikah pada 1 Januari, lalu.

Katanya, setelah menerima barang hantaran dan wang belanja sebelum akad nikah dilangsungkan, dia membawa barang itu ke dalam bilik untuk diperiksa.

Namun begitu, dia terkejut apabila membuka bingkai kayu tempat wang itu diletakkan, dan mendapati ia adalah wang palsu.

Juli segera memberitahu bekas suaminya yang hadir sebagai wali untuk anak perempuannya dan meminta menghentikan pernikahan itu. Bekas suaminya menolak kerana bimbang keputusan itu akan mengaibkan keluarga mereka.

Tetapi, Juli berkeras kerana wang hantaran adalah hak anaknya dan perkara itu menyalahi adat dan perjanjian kedua-dua keluarga.

Namun, upacara akad nikah diteruskan dan sebaik saja ia selesai, perkara itu diberitahu kepada suami anak perempuannya.

Suami anak perempuannya, yang dikenali sebagai Joe merasa terkilan dengan ibu bapanya yang menyediakan “wang palsu” untuk hantaran.

Setelah berbincang, keluarga Joe bersetuju untuk menggantikan wang palsu itu dengan wang pendahuluan B$1,000 (RM2,427) kepada pihak perempuan.

“Yang buat saya terkejut, kenapa beri wang palsu dan perkara itu tidak dibincang dulu,” kata Juli.

Kata Juli, setelah ditanya kepada menantunya, Joe memberitahu, ibu bapanya berbuat demikian “kerana mereka tidak mempunyai wang.”

Waspada Dari Serangan Bala Tentera Iblis

Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang NYATA bagi manusia. Ingat pesanan ini!!!

Iblis telah mengutuskan sebanyak tiga ratus (300) bala tenteranya ke atas seseorang anak Adam untuk menyelewengkannya dari jalan yang haq ( benar) atau menyesatkannya melalui empat arah serangan .

“Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku akan menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari arah hadapan dan arah belakang mereka, dari arah kanan dan dari arah kiri mereka, Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)”

( Surah Al-A`raf:16,17 ).

Strategi serangan mereka ialah:

1. Dari hadapan - tentang urusan akhirat.

2. Dari belakang - tentang urusan duniawi

3. Dari kanan- tentang urusan agama ( kebaikan )

4. Dari kiri- tentang urusan dosa ( keburukan )

Apa pun bentuk serangan dan dari sudut manapun ia dilakukan, tujuannya ke atas anak Adam hanya satu iaitu untuk melemahkan dan kemudian menewaskan mereka menjadi tawanan perangnya. Selepas itu manusia ini akan menjadi hambanya atau teman seiringan untuk bersama-sama masuk neraka nanti.


Maka , perlulah pula kita menangkis serangan mereka dengan cara :

1. Jika serangan daripada hadapan - gunakan senjata ampuh zikirullah

2. Jika serangan daripada belakang - gunakan akal yang waras dan fitrah insan suci sejati.

3. Jika serangan daripada sebelah kanan - gunakan ilmu berlandaskan wahyu Ilahi (al-Quran ) dan hadis nabi saw.

4. Jika serangan daripada sebelah kiri – gunakan istighfar dan taubat nasuha.


Iblis dan syaitan akan bergembira jika benteng pertahanan manusia dari salah satu penjuru itu dapat dikalahkan dan mereka akan bersedih dan susah hati jika taktik mereka gagal.

Namun , kaedah popular di kalangan Iblis yang ternyata banyak memberikan kejayaan kepada mereka ialah seperti dalam Teori Komunisme manusia iaitu :

"Hendaklah kita masuk menganggotai dan bersekongkol terlebih dahulu dengan gaya hidup masyarakat sesuatu puak bangsa itu kemudian hendaklah kamu mempengaruhi pula mereka dengan falsafah dan teori fahaman kita".


Sesungguhnya istana Sang Iblis itu dibina di atas permukaan air . Setiap masa, syaitan berbondong-bondong keluar masuk istana ini untuk melaporkan atau menerima arahan terbaru yang tujuannya hanya satu: Untuk menyesatkan anak Adam a.s, dan pastinya mereka tidak kenal erti putus asa dan penat lelah!

Hadis Rasulullah saw , Dari Abu Musa yang diriwayatkan oleh Ibnu Jauzi :


“Apabila telah pagi-pagi, Iblis menyebarkan tenteranya di muka bumi ini, dan ia berjanji; `Barangsiapa dapat menyesatkan seorang muslim, nescaya kupakai-kan mahkota kepadanya”


Apabila Iblis berkumpul dengan bala tenteranya ( jin dan syaitan) mereka tidak akan merasa gembira melainkan terhadap tiga perkara utama yang terjadi atas anak Adam iaitu :

1. Seseorang mukmin yang membunuh seorang mukmin lain.

2. Seseorang anak Adam yang kafir mati dalam kekafirannya.

3. Hati anak Adam yang sangat takut kepada kefakiran atau kemiskinan.

Dalam erti kata lain, mereka suka manusia bermusuhan, saling membunuh sesama sendiri, melakukan pertumpahan darah, murtad, melekakan manusia dengan maksiat , kufur nikmat Allah swt dan menambahkan rasa cinta dunia dan takut mati kepada anak Adam a.s.

Perlu diingat, strategi Iblis yang paling licik iaitu menipu daya anak Adam dari jalan yang haq dalam berbuat ibadah. Oleh itu janganlah kita terlalu berbangga sangat dengan penampilan, amalan, parti yang bernama islam ( pergunakan islam) yang kita ikuti, pemimpin berserban besar atau berjanggut lebat mana yang kita kagumi kerana ia ( kita dan mereka) belum tentu lagi terlepas dari masuk ke dalam jerat dan tipu daya iblis ini. Perhatikan strategi mereka seperti berikut :

Antaranya ialah :

1. Melakukan hasutan dengan mencegah manusia dari membuat ibadat yang diperintahkan Allah.

2. Jika manusia berjaya mengatasinya mereka akan berusaha pula menanamkan keraguan (was-was) dalam jiwa manusia dalam hal ibadat.

3. Jika kedua perkara itu dapat diatasi oleh manusia , mereka berusaha pula agar ibadah tersebut dibuat dengan cepat atau buat ala kadar saja.

4. Jika manusia berjaya mengatasi semua serangan diatas, mereka akan membiarkan penyempurnaan ibadah manusia itu namun ditanamkan pula dengan sifat `Riya` dalam ibadatnya.[ Di tahap ini ramai yang tidak sedar, itu sebabnya pengajian tasawuf adalah perlu demi mengenal perjalanan nafsu-nafsu kita.Jangan asyik dengan berpolitik sahaja, carilah ilmu ini sebagai bekal perjalanan yang masih panjang lagi.]

5. Jika manusia itu dapat mengatasi sifat `riya`nya , maka dibisikkan pula sifat `Ujub` ke dalam hati anak Adam.

6. Jika segala strategi di atas tidak berjaya, mereka akan mencuba kaedah yang lain pula dan begitulah seterusnya…..

Antara taktik lain ialah termasuk 10 perkara yang dimohon sendiri oleh Iblis dengan Allah swt seperti apa yang diakui sendiri oleh Iblis ketika bersoal jawab dengan Rasulullah saw iaitu:


(1) `Aku minta agar Allah (1) berbagi dalam harta dan (2) anak pinak manusia. Dia mengizinkan.`

“Dan gerakkanlah siapa yang dapat engkau gerakkan dengan suara engkau, dan kerahkanlah mereka dengan pasukan ( bala tentera ) yang berkuda dan jalan kaki, dan bersyarikatlah dengan mereka tentang harta dan anak-anak, dan janjikanlah kepada mereka. Dan apa yang dijanjikan syaitan itu kepada mereka, tiada lain dari tipuan belaka.” (QS, AL-ASRA: 64)

(2) Kata Iblis lagi : `Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah SWT.’

(3). ‘Aku minta supaya Allah SWT membiarkan aku ikut bersama dengan orang berhubungan (jima`) dengan isterinya tanpa berlindung dengan-Nya`. (Jika tidak memohon perlindungan daripada Allah daripada kehadhiran syaitan masa mahu jima` maka syaitan akan dapat ikut bersamanya (menjima`isterinya) dan anak yang dilahirkan hasil jima` itu akan sangat patuh kepada hasutan syaitan pula-sebab dah jadi macam separuh anak syaitan juga anak itu)

(4) `Aku minta supaya boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan halal`

(5) `Aku minta supaya Allah SWT menjadikan kamar mandi sebagai rumahku`

(6) `Pasar sebagai masjidku`.

(7) `Syair (nyanyian berunsur nafsu) sebagai Qur`anku.

(8) `Pemabuk ( mabuk arak, mabuk dadah, dan lain-lain) sebagai teman tidurku`

(9) `dan memberikan aku saudara- maka Allah SWT jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku`

Firman Allah SWT: Ertinya, `Orang-orang pemboros itu adalah saudara syaitan sedang syaitan sangat ingkar kepada Tuhannya` (Al-ISRA:27).

(10) Iblis berkata seterusnya `wahai Muhammad, aku minta supaya Allah SWT membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku dan aku minta supaya Allah SWT memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia`.

Permintaan-permintaannya itu semuanya diizinkan Allah SWT.

Tetapi bagi hamba-hamba Allah SWT yang mengambil ingatan dan pedoman dari pesanan Rasulullah s.a.w dan memohon perlindungan dengan ikhlas kepada Allah SWT dari tipu daya bala tentera iblis ini , maka InsyaAllah mereka akan dilindungi oleh Allah SWT.

Pada pendapat saya, permintaan ke-10 Iblis tersebut adalah permintaan yang paling bahaya untuk anak adam! Maka berhati-hatilah wahai saudaraku…. Sudahlah mereka berjumlah 300 melawan kita seorang, mereka pula tidak ternampak oleh mata kasar kita malah mereka boleh terus masuk mengalir bersama darah kita pula! Itu sebabnya ramai tok-tok alim yang lingkup, terutamanya dengan dugaan ‘perempuan’, malah ada juga pemimpin yang pernah kantoi berkhalwat dengan bini orang…

Apakah senjata paling ampuh yang kita mampu sediakan saudara?

Senjata itu adalah Kalimah Toyyibah… Zikrullah... seperti pesan Rasulullah saw :

"Sebaik baik zikir ialah ucapan Laa ilaahaillallah".

(Riwayat termizi dan ibni Majah-kata Termizi hadits hasan)

Bacalah dan beramallah wahai saudaraku sekalian…. Itulah Pedang Jihad kita untuk pertahanan zahir dan batin…… bacalah sekurang-kurangnya 100 kali sehari atau 313 kali sehari… ia adalah benteng di barisan depan sekali. Jika musnah benteng ini, maka musnahlah Urusan Akhirat kita!

Kalimat tauhid itu mampu memancung dan membakar syaitan-syaitan musuh kita itu, walaupun ia dari jenis manusia atau jin syaitan ( bala tentera Iblis), kerana kalimat itu perwujudan api bakaran bagi bala tentera iblis dan cahaya (Nur) bagi orang yang bertauhid.

Selain itu apa lagi senjata kita ?

DOA….

Ya… doa yang ikhlas dan penuh harap kepada Allah swt… InsyaAllah doa dari hati yang ikhlas dan penuh harap itu akan mendapat tilikan Allah swt. Bila seseorang hamba Allah mendapat tilikan ar - Rahman , maka terpeliharalah dia dalam lindungan Allah swt. Sesetengah orang tu jelajah ke seluruh Negara meminta orang lain mendoakan untuk keselamatan dirinya, tetapi dia sendiri tidak mahu mendoakan untuk dirinya sendiri, tidak mahu bersama solat hajat untuk membuktikan kebenaran bila diminta, malah tidak mahu bersumpah dengan nama Allah swt untuk menolak fitnah keatas dirinya padahal itulah benda yang paling mudah jika dia dipihak yang benar! Oleh itu saudaraku sekalian, janganlah sesekali terpedaya dengan manusia bertopengkan syaitan seperti itu !!!

Selain itu, banyakkanlah solat dan amalkan diri kekal dalam keadaan berwudhuk…

Sebaik-baik zikir itu pula… perbanyakkanlah zikir di dalam hati… sebutlah dan bunyikanlah sekuat-kuatnya Allah Allah Allah …. di dalam hatimu…. kerana disitulah kubu terkuat seorang mukmin!

Kubu pentadbiran utama insan inilah yang hendak ditakluk oleh bala tentera Iblis dengan serangan yang bertalu-talu. Itulah tujuan utama mereka ingin memasuki pembuluh darah dan mengalir bersama darah kita kerana mereka tahu itulah benteng terakhir seorang insan.

Serangan dari arah belakang pula adalah berkaitan dengan urusan dunia. Syaitan dan jin kafir bala tentera Iblis diperintahkan : “ jika umat islam tidak mahu menyembah : memuja patung berhala seperti palang salib kristian-Nasrani, berhala Yahudi, berhala patung Buhda-Hindu maka godalah mereka dengan duniawi itu sendiri sebagai berhala jiwa mereka”.

Jadi , renunglah …. Siapakah orang yang pernah berkata mereka rela berkawan dengan syaitan… sedangkan berkali-kali Allah swt menyatakan bahawa Syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kita, orang ini juga mungkin terdiri dari pemimpin yang dikagumi dan orang semua taksub kepadanya, padahal dia lebih mementingkan pembinaan berhala dari membina masjid, lebih mementingkan persahabatan dan ukhwah dengan orang kafir berbanding dengan manusia sebangsa dan seagama mereka, merelakan orang islam murtad, mengeluarkan lesen arak dan judi. Demi kuasa dan kepentingan diri mereka sanggup menjual agama dan kalimah suci al-Quran di pentas-pentas ceramah demi untuk meraih undi. Apakah anda semua yakin orang-orang ini tidak termasuk ke dalam perangkap Iblis saudara? Apakah anda semua yakin bahawa orang-orang ini tidak menjual agamanya untuk dunia?

Oleh itu, untuk menangkis serangan Iblis dan kuncu-kuncunya, kita mestilah juga menuntut dan mengamalkan ilmu tasawuf, tujuannya untuk menyucikan diri dan jiwa, agar jiwa dan nafsu kita mendapat kemenangan di dunia dan seterusnya di akhirat nanti.


Firman Allah swt ertinya:

‘Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkannya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucikan (nafsunya) dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya’

( Surah Al- Sams: 7-10 )


Oleh itu serangan Iblis dari arah belakang berbentuk ‘tipuan duniawi’ perlu dipertahankan dengan ilmu penyucian jiwa (tasawuf) . Kerana jiwa atau Fitrah nan suci bagaikan matahari dunia yang memberi cahaya cerah indah dan sempurna kepada bulan (akal). Fitrah yang suci dan akal yang sempurna akan dapat mematahkan serangan dan tipu daya jin dan syaitan bala tentera Iblis itu dan seseorang anak Adam yang telah dengan ikhlas menyucikan nafsunya itu, maka mereka akan mempunyai ketajaman mata hati yang boleh mengenal manakah bisikan daripada malaikat dan manakah bisikan daripada bala tentera Iblis , maka selamatlah mereka.

Firman Allah bermaksud :

“Wahai jiwa mutmainnah (berfitrah suci) kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang tenang tenteram serta diredhai Tuhanmu, masuklah olehmu dalam golongan hamba-hambaku yang soleh dan masuklah kamu kedalam syurgaKu`.

( Surah Al-Fajar; ayat 27-30 )

Jika serangan terhadap anak Adam gagal dari arah depan dan belakang, maka mereka tidak akan berputus asa, akan berusaha lebih keras lagi, akan mencuba pula dari arah kanan iaitu dalam urusan agama atau kebaikan.


Iblis berkata: `Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik perbuatan maksiat di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semua.` (Qs: Al Hijr, 39).

Amal jahat (terlarang dalam agama) dihias menjadi cantik oleh syaitan , amal yang salah dan sesat dihias di hati manusia agar ia nampak benar. Amal-amal soleh dianggap menyimpang dari kehidupan normal. Segala sunnah Rasulullah saw dan cara kehidupan para nabi-nabi terdahulu berlandaskan agama Allah dianggap sudah ketinggalan zaman dan bercanggah dengan naluri dan nilai kehidupan manusiawi secara global serta bercanggah dengan fahaman-fahaman falsafah hasil ciptaan akal logik manusia.Maka lahirlah berbagai fahaman inspirasi syaitan seperti:

Democratisme, sosialisme, anarkisme, liberalisme, pluralism, dogmatisme, naturalisme, kapitalisme, komunisme, etheisme, hidonesme dan fahaman hak-hak kebebasan manusia serta lain-lain isme lagi atau pendapat pemikiran dan perbuatan yang banyak bercanggah dengan kehendak dan ajaran Allah SWT yang menjadi ideologi ciptaan para sarjana dan para professor syaitan,[ sehingga mereka yang terpedaya mendakwa merekalah yang mendapat petunjuk yang benar dari tuhannya], tidak lain dan tidak bukan untuk mencapai matlamat dan janji sumpah Iblis dihadapan Allah swt iaitu : ‘Aku akan menyesatkan mereka` itu.


Fahami dan renungilah Firman Allah SWT ini: `Katakanlah:`Apakah akan Kami beritahukan kepada mu tentang orang orang yang paling merugi perbuatannya?`. Yaitu orang orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini,sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik baiknya.`

(Surah Al-Kahfi: ayat 103 - 104).

Oleh itu untuk melawan serangan Iblis dari arah kanan ini saudara, kita hendaklah menggunakan ilmu Wahyu Ilahi ( al-Quran) dan ilmu Hadis serta panduan Sunnah RasulNya. Hujah ini mengambil kata amanah Nabi Muhammad.saw. iaitu Ketua Agung dalam kepimpinan dan penyelamatan umat anak Adam sebab Allah swt sendiri ada menyatakan tentang perlantikan ini:

1.`Dan kami tidak mengutus kamu (sebagai penyelamat) melainkan kepada umat manusia seluruhnya…` (Qs.Sab`:28)

2.`Dan tiadalah kami mengutus kamu (ya muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam`. (QS.Anbia:107)


Nabi Muhammad penyelamat Agung umat manusia ada berpesan melalui sayyidina Ali krw. mengenai Al-Quran:

`Kamu harus mengikut al Quraan, padanya terdapat sejarah manusia sebelummu dan berita tentang peristiwa-peristiwa sesudahmu, terdapat keputusan-keputusan yang ada di antara sesamamu. Dialah pembeza yang jelas dan tegas. Kerananya, orang yang tidak mahu mengikutinya, dia telah disesatkan Allah, sedangkan yang mencari petunjuk kepadanya, maka pastilah dia akan ditunjuki Allah kepada jalan yang benar (Islam).’


Serangan dari arah kiri terhadap anak Adam adalah serangan paling hebat dari bala tentera iblis. Pengalaman yang cukup lama Sang Iblis laknatullah semenjak menewaskan Habil dan Qabil putera Adam a.s iaitu pembunuhan paling awal di atas muka bumi ini dan seterusnya akan digunapakai. Tujuh jurus serangan yang membawa dosa besar pada diri anak Adam itu ialah:

(1). Empat macam yang dapat diserang pada hati sanubari seorang anak Adam iaitu: Syirik, kecenderungan berbuat pelbagai jenis maksiat, putus asa dan keinginan selalu menghindar dari perintah perintah (ketentuan) Allah swt.

Syirik dalam akidah adalah perkara paling pokok. Kerana Iblis tahu Allah s.w.t.akan mengampuni dosa-dosa manusia kecuali syirik. Serangan terkini dalam akidah ketuhanan sekarang ialah keinginan untuk menggunakan nama Tuhan `Allah` dalam agama nasrani iaitu dalam penulisan `Bible` mereka. Maka inilah bisikan idea baru syaitan kepada tali barutnya yang dalam wajah anak Adam. Ini adalah satu kaedah serangan dalam hal akidah yang baru ditimbulkan untuk mengacau bilaukan fahaman anak-anak orang Islam yang belum matang atau yang tidak mempunyai latar belakang akidah tauhid Islam yang tulen dalam bab ketuhanan Islam supaya menjadi syirik. [ Perkara ini pun dianggap tidak penting oleh segelintir pihak yang dirinya sendiri telah termakan umpan iblis…. Perkara ini dianggap remeh temeh berbanding isu-isu lain yang lebih cenderung memihak atau boleh mendatangkan keuntungan politik kepada mereka, contohnya mempertahankan pemimpin mereka yang terlibat dalam masalah moral yang teruk]

2. Empat jenis serangan pada lidah iaitu: Persaksian dusta, menuduh zina, sumpah palsu dan sihir.

3. Tiga jenis serangan pada bahagian perut: Meminum atau mengambil benda-benda yang boleh memabukkan dan yang merosakan saraf akal dan mendatangkan khayalan (Arak, ectasy, dadah, ganja dan lain-lain), memakan harta anak yatim atau hasilan harta yang tidak halal, rasuah, memakan riba.

4. Dua jenis serangan pada bahagian kemaluan anak Adam: Perzinaan dan hubungan sejenis [ homosex dan lesbian] .Agenda ini sedang diperjuangkan , LGBT di Negara ini oleh wakil-wakil Iblis.

5. Dua jenis serangan pada bahagian tangan: Pembunuhan yang tidak dalam perkara yang haq, perompakan dan lain-lain.

6. Satu serangan pada bahagian kaki: Lari dari medan jihad fiisabilillah.

7. Satu serangan menyeluruh pada sekelian jasad anak Adam: Menderhakai orang tuanya dan guru pembimbing kerohaniannya yang ikhlas.

Kini anak muda dirasuk jiwanya supaya menderhakai hati ibubapa dan guru, suara orang muda suara keramat katanya, demonstrasi dimana-mana akibat hasutan dari manusia Iblis , mahasiswa dijadikan lembu tunggangan mereka.

Oleh itu, senjata untuk menangkis serangan dari sebelah kiri manusia ialah dengan perbanyakkan Istighfar dan taubat nasuha. Pusaka taubat ini telah dimulakan oleh Nabi Allah Adam a.s sendiri iaitu bapa keturunan manusia:

Firman Allah swt maksudnya : “Maka Adam telah menerima beberapa perkataan dari Tuhannya (meminta ampun), maka Allah menerima taubatnya, sungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha penyayang` ( Surah Al Baqarah : ayat 37 )

Rasulullah s.a.w.pernah bersabda:

`Ketika musuh Allah iaitu Iblis mengetahui bahawa Allah Azza Wajalla mengabulkan doaku dan mengampuni umatku, iblis mengambil pasir dan ditaburkan di atas kepalanya sendiri dan berseru: sungguh celaka, sungguh binasa. Melihat Iblis yang ketakutan itu aku pun tertawa.”

( Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Mengapa Iblis sangat takut bila manusia beristighfar dan bertaubat saudara?

Ini adalah kerana setiap orang anak Adam yang bertaubat nasuha dan berinabah akan mencapai kebaikan seperti berikut:

1. Menjadi anak kunci membuka pintu redha .
2. Bila ikhlas taubatnya, akan dimurahkan rezeki oleh Allah zahir dan batin, disampaikan segala hajat dan dijauhkan segala bala.
3. Disucikan jiwa dari sifat-sifat jahat keiblisan (mazmumah), diisi jiwa dengan sifat-sifat kebaikan (mahmudah).
4. Dikurniakan Allah hidup bahagia dunia dan akhirat.
5. Dimatikan dalam keadaan iman, Islam dan ihsan .

Firman Allah swt maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang orang yang bertaubat dan menyukai orang orang yang mensucikan diri”

( Surah Al-Baqarah: ayat 222).


Akhir sekali dari saya, selalulah berdoa kepada Allah swt seperti FirmanNya :

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan kami sesudah Engkau tunjukkan kami, dan berilah kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi”

(Surah Ali-Imran: Ayat 8).

Kod Pakaian Mindef "Tidak Menjolok Mata" Jadi Bahan Lucu Komuniti Internet

PETALING JAYA: Anda tidak dibenarkan memakai pakaian menjolok mata (clothes that poke eye) sekiranya bekerja di Kementerian Pertahanan (Mindef).

Ia merupakan salah satu daripada keterangan “Etika Berpakaian” yang dinyatakan dalam piawaian yang ditetapkan oleh kementerian berkenaan.

Mereka di kalangan komuniti internet dalam rangkaian sosial secara literalnya menyatakan ROFL yang merupakan perkataan siber bagi menunjukkan reaksi seolah-olah “ketawa berguling-guling di atas lantai” apabila mereka berkongsi pautan kod berpakaian kakitangan kementerian itu terjemahan Bahasa Inggeris di laman rasminya.

“Clothes that poke eye” apabila diterjemahkan secara literal adalah pakaian yang menjolok mata bermaksud pakaian yang mendedahkan dalam Bahasa Malaysia.

Carian lain termasuk: “collared shirts and tight Malay civet berbutang three” di mana dalam Bahasa Malaysia sebenarnya bermaksud “baju Melayu berkolar cekak musang dengan tiga butang”.

Sementara itu, baju batik lengan panjang berkolar / cekak musang buatan Malaysia pula diterjemahkan sebagai “long-sleeve batik shirt with collar / mongoose fight made in Malaysia”.

Terdapat juga “shine close” di mana diterjemahkan daripada kasut bertutup atau kasut menutupi jari kaki.

Selain itu adalah ringkasan sejarah kementerian di laman web yang berbunyi “After the withdrawal of British army, the Malaysian Government take drastic measures to increase the level of any national security threat.”

Maksud sebenar ringkasan itu dalam Bahasa Malaysia adalah “Selepas pengunduran tentera British, Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik untuk meningkatkan tahap keselamatan negara dari sebarang ancaman.”

Kementerian telah pun mengeluarkan versi terjemahan Bahasa Inggeris itu dari laman web beberapa jam selepas ia disebarkan secara meluas di Facebook dan Twitter.

Jurucakap kementerian itu berkata, satu penjelasan telah dibuat dan diletakkan di laman web tersebut pada Khamis.

Penjelasan itu pada laman web berkata, pembetulan sedang dilakukan pada perisian yang digunakan untuk terjemahan lebih tepat diperoleh.

ANDA STRESS??

"Pak Mat pemandu teksi menumpangkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba2 gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke Hospital.

Pak Mat sedikit Stress!

Sampai di Hospital doktor mengatakan bahwa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Matlah ayah bayi itu.
Pak Mat bertambah Stress!!

Pak Mat meminta test DNA untuk membuktikan bahwa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Pak Mat semakin Stress!!!

Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahwa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.

Sekarang Pak Mat benar2 STRESS!!!!

Wednesday, 7 December 2011

CIRI-CIRI HASAD DENGKI

PERTAMA: Perseteruan dan Kebencian - ia merupakan sebab paling kuat dan paling jelas.
Seseorang yang disakiti kerana suatu sebab tertentu, ataupun yang tidak disetujui oleh orang lain dalam sesuatu peribadinya, maka perasaan marah akan mengatasi kesabaran di dalam dirinya sehingga boleh encetuskan perseteruan dan kebencian. Orang yang sedemikian akan merasa gembira apabila apa sahaja kesusahan atau bencana menimpa ke atas diri orang yang dimarahi dan dibencinya, sebaliknya dia akan rasa berdukacita dan bersedih jika orang yang dimusuhinya mendapat nikmat dan kesenangan.

KEDUA: Bangga dengan kedudukan dan kemuliaan - iaitu terasa begitu berat dalam hatinya atau terasa begitu sakit dalam hatinya dengan sebab orang lain lebih atas daripadanya. Jika ada di antara mereka setaraf dengannya mendapat sesuatu yang lebih darinya, sama ada tentang pangkat atatu ilmu pengetahuan ataupun harta kekayaan, maka dia merasa bimbang kalau-kalau teman setarafnya itu bersikap angkuh atau takbur ke atas dirinya. Dia rela kalau temannya itu terus berada dalam keadaan atau kedudukan yang sama taraf dengan dirinya, sebaliknya tidak rela kalau temannya itu lebih mengatasi darinya.

KETIGA: Angkuh (Takbur) - angkuh dan meninggi diri dengan memperkecil-kecilkan apa yang dimilikki oleh orang lain dan mengharapkan agar orang lain yang diperlekehkan itu terus mengikut dan menuruti kehendaknya. Beliau sentiasa bimbang dan takut jika orang lain yang diperkecilkannya itu tidak lagi menurut ataupun mengikut segala kehendak hatinya. Sifat hasad yang berpunca daripada takbur ini adalah suatu sifat yang dipunyai oleh kebanyakan orang bangsawan Arab jahiliah.

KEEMPAT: Ta'ajub - Rasa ta'ajub atau rasa hairan dengan kenikmatan, kemuliaan dan kelebihan yang ada pada diri. Boleh juga disebut sebagai bangga diri, tetapi tidak sampai kepada tahap angkuh dari sombong. Orang yang sedemikian akan sentiasa menceritakan kebaikan dirinya dikhalayak ramai dan suka orang lain membodek sera memuji dirinya (suka diampu). Akan lahir rasa sakit dalam hatinya jika ada orang memuji orang lain yang lebih baik daripadanya.

KELIMA: Bimbang dan Takut CIta-cita Tak Tercapai - perasaan ini terkhusus bagi mereka yang saling berlumba untuk merebut satu tujuan atau cita-cita yang sama, seperti adik-beradik yang berhasad dengki sesama mereka bagi mendapatkan kepercayaan bapanya. Perasaan ini juga banyak terdapat di kalangan orang-orang politik yang sentiasa bersaing untuk mendapatkan pengaruh daripada pemimpin atasan. Jika sampai ke tahap orang lain itu boleh menyekat cita-cita ataupun menghalang matlamatnya, maka hasad dengki akan menguasai dirinya bagi membolehkan dirinya berjaya dan pesaingnya gagal.

KEENAM: Gilakan nama dan kemasyhuran - dalam bidang-bidang tertentu sperti seseorang yang bercita-cita untuk mencapai kejayaan atau untuk menjadi juara dan jaguh dalam satu-satu bidang tertentu yang tidak ada tandingannya, ataupun yang berusaha agar rekodnya tidak dapat ditandingi oleh orang lain dengan tujuan supaya dirinya sentiasa disanjung dan dipuja oleh orang ramai. Orang yang sedemikian jika mendengar berita tentang terdapatnya orang lain yang mampu menandingi serta mengatasinya maka akan sakitlah hatinya. Ia lebih suka jika pencabarnya itu diragut maut atau hilang keistimewaan dinikmatinya, supaya dia kekal sebagai juara tanpa ada tandingan atau saingan.

KETUJUH: Busuk Hati - hasad yang berpunca daripada busuk hati ini payah untuk dirawat kerana sifat busuk hati ini semacam sudah sebati dalam dirinya. Orang yang hasad kerana busuk hati adalah seorang yang paling bakhil, kerana ia beranggaan bahawa orang itu telah meragut sesuatu dari miliknya, sedangkan apa yang diperoleh oleh orang lain itu adalah datangnya dari milik Allah. Orang ini cukup bakhil dan busuk hatinya kerana apa yang hendak diberi oleh Allah kepada orang lain pun beliau sanggup mempertikaikan Allah kerana memberi kenikmatan kepada orang lain.

KESIMPULAN: jika dalam diri kita bermaharajalela hawa nafsu yang berpunca daripada ketujuh-tujuh sebab ini, maka akan lahirlah perasaan hasad dengki dan khianat dalam diri kita. Jika ia tidak dapat dihindarkan ataupun kita tidak berusaha untuk menepisnya keluar dati dalam hati kita, maka hasad dengki dan khianat ini akan sebati dalam darah daging kita. Justeru, cara merawatnya supaya sifat hasad dengki ini terhindar dalam diri kita ialah dengan kita melakukan tindakan-tindakan positif yang bertentangan dengan maksud ketujuh-tujuh punca kejahatan yang disebutkan di atas.